Lelaki guna identiti rakan, ‘tukar’ wajah elak dicekup polis

Phuwadon bukan sekadar menggunakan identiti Anucha, bahkan turut menjalani pembedahan plastik untuk mengelak daripada ditangkap polis. – ThaiRath

Seorang lelaki di Thailand menggunakan identiti rakannya ketika melakukan jenayah sebelum menjalani pembedahan plastik sebagai taktik bagi mengelak dicekup polis, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Tindakan itu menyebabkan rakannya yang dikenali sebagai Anucha, meringkuk di dalam penjara selama 80 hari atas kesalahan yang dia tidak lakukan.

Menurut polis, suspek bernama  Phuwadon ditahan polis pada 23 Ogos 2020 di sebuah sekatan jalan raya kerana kereta dipandunya tidak memiliki nombor pendaftaran.

Dia juga positif dadah dan ditahan serta-merta.

Ketika dalam tahanan polis, Phuwadon berbohong  bahawa dia terlupa membawa kad pengenalan serta memberitahu namanya ialah Anucha sebelum dibebaskan keesokan harinya.

Dia kemudian diarah hadir ke mahkamah pada satu tarikh namun gagal berbuat demikian. Ia menyebabkan polis menahan Anucha yang sebenar.

Mangsa kemudian dibawa ke Penjara Reman Bangkok sejurus ditangkap.

Selepas keluarganya meminta bantuan sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan, Saimai Survive dan berkali-kali menjelaskan perkara itu kepada polis, Anucha akhirnya dibebaskan selepas 80 hari dipenjara.

Dalam masa sama, Phuwadon menjalani pembedahan plastik bagi mengelakkan dia ditangkap.

Namun, lelaki itu akhirnya diberkas di sebuah tempat letak  kereta di daerah Lat Phrao, Bangkok kelmarin.

Polis berkata, pihaknya  berbincang dengan Kementerian Kehakiman mengenai pampasan yang boleh diberikan kepada Anucha serta langkah-langkah untuk mencegah perkara serupa berulang. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Intan Najuwa jadi ‘harimau’ lepas kahwin

Ira Kazar makin hari makin disayangi

Pramugari cekup pasangan beromen dalam tandas pesawat [VIDEO]

5 vokalis wanita lokal alaf milenium paling ‘digeruni’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker