3 polis ‘kaki paw’ ditahan

3 polis ‘kaki paw’ ditahan

Tiga anggota polis bertugas di IPD Ampang Jaya ditahan selepas disyaki terbabit kes pemerasan terhadap seorang ejen jualan kenderaan di Persiaran Pandan Prima, Ampang, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Esha, berkata siasatan mendapati mangsa lelaki berusia 30 tahun diugut untuk memberi wang tunai dan secara pindahan dalam talian.

“Pengadu ditahan oleh dua anggota polis Unit Ronda Bermotosikal (URB) lengkap beruniform dari Balai Polis Ampang (suspek). Suspek seterusnya membuat pemeriksaan telefon pengadu dan mendakwa pengadu mempunyai kesalahan atas milikan sesuatu dokumen.

“Suspek meminta sejumlah wang tunai untuk menyelesaikan masalah itu. Akibat takut, pengadu seterusnya menyerahkan wang secara tunai dan secara pindahan dalam talian melalui akaun bank atas nama seorang lelaki tempatan,” katanya dalam kenyataan.

Farouk berkata, tiga anggota polis itu yang berusia 36, 40 dan 44 tahun ditahan semalam dan direman selama empat hari mulai hari ini.

Katanya, semua suspek bebas daripada kesalahan dadah dan tatatertib serta berkhidmat dengan polis lebih dari 10 tahun.

“Modus operandi suspek adalah berjalan mengesan mangsa dan melakukan pemerasan dengan meminta wang supaya tidak ditangkap. Usaha mengesan suspek masih bebas terutama pemilik akaun diteruskan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan iaitu menjalankan pemerasan. FMT

3 polis ‘kaki paw’ ditahan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000

Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker