Polis siasat majlis pelancaran buku Kit Siang disyaki langgar SOP

Polis siasat majlis pelancaran buku Kit Siang disyaki langgar SOP

Polis sedang menyiasat dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) pada majlis pelancaran buku yang dihadiri veteran DAP Lim Kit Siang dan pengasas bersama MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ini susulan gambar yang kemudiannya menjadi tular memaparkan Lim, Syed Saddiq dan pengarang Kee Thuan Chye di atas pentas tanpa memakai pelitup muka.

“Polis akan siasat perkara itu bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” kata Ketua Polis Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya kepada FMT.

Acara di Dewan Konvensyen Sogo pada 11 Jan itu diadakan bagi melancarkan biografi Lim bertajuk “Lim Kit Siang: Malaysian First”, yang ditulis oleh Kee.

Dilaporkan baru-baru ini bahawa polis juga menyiasat acara yang dihadiri bekas Perdana Menteri Najib Razak kerana melanggar SOP.

Noor Dellhan berkata, pengguna Twitter @Knowledge9701 berkongsi gambar peserta yang tidak memakai pelitup muka.

“Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Dang Wangi telah membuka siasatan ke atas perhimpunan di Jalan Tun Ismail, Chow Kit, di mana beberapa individu tidak memakai pelitup muka,” beliau dilaporkan berkata.

Majlis “Bossku Our National Pride” itu dianjurkan oleh parti politik Makkal Sakti Malaysia. FMT

Polis siasat majlis pelancaran buku Kit Siang disyaki langgar SOP


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000

Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker