Kekasih pisau cukur saman putera diraja Itali

Kekasih pisau cukur saman putera diraja Itali

ROM: Seorang kerabat diraja Perancis berdepan dengan tuntutan saman sivil yang difailkan teman wanitanya yang berasal dari Belarus kerana keengganannya meneruskan hubungan cinta mereka.

Lapor Daily Mail, Tanya Yashenko, 35, mengemukakan saman sivil sejak Mac tahun lalu terhadap Putera Giacomo Bonanno di Linguaglossa, 51, yang dikenalinya sejak 2019.

Putera itu enggan meneruskan hubungan tersebut kerana wanita itu didakwa merupakan pisau cukur yang akan menghabiskan hartanya.

Wanita itu sanggup berjumpa psikiatri bagi menunjukkan bukti putera itu cuba mengganggu dirinya walaupun mereka tidak mempunyai sebarang ikatan rasmi.

Yashenko juga mendakwa putera itu menghantar teks mesej yang menggelarnya sebagai wanita tidak jujur, palsu dan pengkhianat.

Namun, pakar beralih arah dan bersetuju putera diraja itu sebenarnya yang menjadi mangsa keadaan.

Aristokrat Itali itu pernah membawa kekasihnya mengelilingi dunia termasuk ke Monte Carlo, Dubai dan Maldives.

Difahamkan, putera itu juga pernah memberikan Mercedes bernilai 83,000 pound (RM473,303), belanja penginapan dan sarapan bernilai 58,000 pound (RM330,755), duit sewa rumah di Rom 18,000 pound (RM102,648) serta barang kemas berjenama mewah. Utusan

Kekasih pisau cukur saman putera diraja Itali


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rumah mewah atas bukit di Shah Alam untuk dijual RM17j (Video)

Ustaz Abu Syafiq mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker