Demi kucing jalanan sanggup gadai emas

Demi kucing jalanan sanggup gadai emas

KEMAMAN – Pasangan suami isteri warga emas yang penyayang berkongsi minat memelihara 70 ekor kucing di rumah mereka di Kampung Pengkalan Cicar, Bukit Kuang di sini.

Rusli Ibrahim, 66, berkata, kebanyakan kucing yang dipeliharanya merupakan haiwan jalanan yang dijumpai di sekitar daerah ini.



Menurutnya, dia dan isteri, Masnun Sufeno, 60, mula me­ngutip kucing jalanan itu sejak 30 tahun lalu kerana kasihan melihat nasib haiwan berkenaan.

“Jumlah kucing jalanan yang dibawa pulang semakin lama semakin banyak dan sehingga kini berjumlah 70 ekor,” katanya ketika ditemui di Kampung Pengkalan Cicar, Bukit Kuang di sini semalam.

Rusli berkata, sebahagian ku­cing jalanan yang dijumpainya berada dalam keadaan cacat dan kurang sihat, tetapi tetap dibawa pulang untuk dirawat di klinik haiwan sebelum dipelihara.

Bekas pemandu lori yang bersara beberapa tahun lalu atas faktor usia berkata, setiap bulan, dia dan isteri memperuntukkan hampir RM2,000 untuk membeli makanan dan rawatan kucing peliharaan mereka.



Menurutnya, kebiasaannya, dia membeli 60 kilogram (kg) makanan kering, ikan (30kg) dan beras (20kg) sebagai makanan kucing.

“Walaupun kini tidak bekerja, alhamdulillah masih ada sedikit simpanan selain bantuan enam anak untuk terus sara kucing-kucing kesayangan ini,” ujarnya.

Begitupun, Rusli mengakui kadangkala isterinya, Masnun terpaksa menggadai barangan kemasnya bagi mencari dana meneruskan usaha memelihara kucing-kucing terbabit.

Bagaimanapun, mereka tidak pernah menganggap ia sebagai satu beban, malah berazam untuk meneruskan usaha tersebut sebagai bekalan saham pahala ke akhirat.



“Kami berbesar hati jika ada pihak mahu membantu terutama dalam menyumbang bekalan makanan kucing.

“Saya pun merancang untuk membesarkan lagi sangkar ku­cing jika berkemampuan demi keselesaan haiwan itu,” katanya. K Online

Demi kucing jalanan sanggup gadai emas


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rumah mewah atas bukit di Shah Alam untuk dijual RM17j (Video)

Ustaz Abu Syafiq mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker