Pegawai JIM dakwa diugut pegawai penyiasat SPRM

Pegawai JIM dakwa diugut pegawai penyiasat SPRM

Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang mendakwa diugut oleh pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, laporan dibuat pengadu yang berdepan pertuduhan oleh SPRM di mahkamah di Kelantan.

“Pengadu mendakwa pegawai penyiasat terbabit meminta dia mengaku bersalah di mahkamah.

“Ini kerana pengadu mempunyai kesalahan-kesalahan lain yang menunggu untuk tindakan pertuduhan seterusnya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Susulan laporan itu, Asmadi berkata, Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengarahkan kes dirujuk kepada Jabatan Integriti SPRM untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, tular laporan polis yang dibuat lelaki berusia 29 tahun mendakwa menerima ugutan daripada beberapa pegawai SPRM.

Berdasarkan laporan dibuat di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Putrajaya, semalam, pengadu yang berdepan tiga pertuduhan SPRM di Mahkamah Kota Bharu, Kelantan, mendakwa minta dibicarakan bagi kes berkenaan namun pegawai SPRM menyuruhnya mengaku bersalah.

Lelaki itu mendakwa kejadian berlaku beberapa kali di Pejabat SPRM Putrajaya, sejak kesnya bermula pada April tahun lalu. HM

Pegawai JIM dakwa diugut pegawai penyiasat SPRM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rumah mewah atas bukit di Shah Alam untuk dijual RM17j (Video)

Ustaz Abu Syafiq mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker