Lelaki rakam video remaja dalam tandas ditahan

Lelaki rakam video remaja dalam tandas ditahan

Pekerja teknologi maklumat (IT) ditahan polis selepas dipercayai merakam video seorang remaja perempuan di dalam tandas sebuah pusat beli-belah di Bandar Utama di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada ibu remaja berkenaan berusia 44 tahun.

“Menurut pengadu, dia dimaklumkan oleh anaknya berusia 14 tahun ternampak telefon bimbit diletakkan di tingkap antara tandas lelaki dan tandas wanita pada 6.45 petang semalam.

“Ketika remaja perempuan itu bertanyakan kepada seorang lelaki berusia 33 tahun sama ada dia merakamnya ketika berada di dalam tandas, lelaki terbabit terus bertindak melarikan diri sebelum dikejar wanita berkenaan bersama anak perempuannya.

“Lelaki terbabit menolak anak perempuan pengadu sehingga menyebabkannya terjatuh. Remaja perempuan itu kemudian mengambil telefon bimbit suspek dan membalingnya kepada ibunya,” katanya.

Menurutnya, kemudiannya pengawal keselamatan datang dan menahan lelaki terbabit sebelum menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Pemeriksaan dilakukan pada telefon bimbit suspek mendapati lelaki berkenaan ada merakam video remaja perempuan itu yang berada dalam tandas,” katanya.

Beliau berkata, lelaki berkenaan diserahkan kepada pihak polis pada 7.15 malam.

“Hasil soal siasat dilakukan, suspek mengaku ada merakam video remaja berkenaan di tandas pusat beli-belah terbabit dan semua rakaman berkenaan masih disimpan di dalam telefon bimbitnya.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan,” katanya. HM

Lelaki rakam video remaja dalam tandas ditahan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rumah mewah atas bukit di Shah Alam untuk dijual RM17j (Video)

Ustaz Abu Syafiq mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker