Pemandu Uber Eats terima tip RM8,000

Sebaran :

Seorang pemandu Uber Eats menjadi tular atas sikapnya yang prihatin kepada pelanggan yang memesan perkhidmatannya. – TikTok/traceyhairstyles

AUSTIN, TEXAS – Seorang pemandu aplikasi penghantaran makanan Uber Eats di negeri Texas, Amerika Syarikat (AS) berjaya menyentuh hati pelanggannya atas keprihatinan yang dia tunjukkan, lapor akhbar Daily Star, kelmarin.

Pelanggan tersebut, Tracy Ramirez berkata, dia menerima pesanan makanannya bersama sekeping nota mengandungi sajak tulisan tangan beserta beg cenderahati berisi gula-gula dan pelitup muka.

Ramirez yang berasakan perbuatan itu sangat bermakna cuba mencari pemandu itu untuk memberikan tips dengan memuat naik video di laman TikTok.

“Pemandu Uber Eats ini bukan sekadar menghantar makanan tetapi lebih daripada itu,” tulisnya pada keterangan video tersebut.



Tidak cukup dengan itu, wanita tersebut turut berjaya mengumpul tips daripada pengikut laman sosialnya berjumlah  AS$2,000 (RM8,388) buat pemandu Uber Eats  yang dikenali sebagai Donald itu.

Ramirez berjaya menjejaki Donald tidak lama selepas itu dan menyerahkan tips yang dikumpul sambil mengatakan lelaki itu layak menerima wang tersebut atas keprihatinannya dalam menjaga perkhidmatan pelanggan. – Agensi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Rumah mewah atas bukit di Shah Alam untuk dijual RM17j (Video)

Ustaz Abu Syafiq mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *