27 lagi korban akibat Covid-19

Kementerian Kesihatan memaklumkan sebanyak 27 kematian terbaru akibat Covid-19 semalam (11 Jan).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu meningkat kepada 31,723 orang.

Menurut data KKM di portal CovidNow, sembilan daripada 27 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Malaysia merekodkan jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 961 kematian bagi setiap 1 juta penduduk, dan keempat terburuk di Asia selepas Iran, Lubnan dan Jordan – semuanya di Timur Tengah.

Selangor mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu sebanyak 9 kes atau 33.3 peratus daripada kematian baru yang dilaporkan diikuti Johor (4), Terengganu (4), Sabah (3), Kuala Lumpur (3), Kelantan (1), Melaka (1), Negeri Sembilan (1) dan Pahang (1).

Tiada kematian baru dilaporkan di Kedah, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 20 daripada 27 kematian yang dilaporkan atau 74.1 peratus berlaku dalam tujuh hari lalu.

Kematian selebihnya berlaku lebih seminggu lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Purata 28 kematian akibat Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu berbanding purata 19 kematian dalam tempoh tujuh hari, yang menunjukkan penurunan.

Setakat ini, sebanyak 525 kematian akibat Covid-19 telah dilaporkan pada bulan ini.

Sehingga semalam, terdapat 39,913 kes aktif Covid-19. Ini adalah peningkatan sebanyak 0.6 peratus daripada 39,682 kes aktif seminggu lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 32.2 peratus daripada 58,854 kes.

27 lagi korban akibat Covid-19


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah mewah atas bukit di Shah Alam untuk dijual RM17j (Video)

Ustaz Abu Syafiq mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker