Uji 3 hari berturut-turut untuk kesan Omicron – pakar

Uji 3 hari berturut-turut untuk kesan Omicron – pakar

Seorang pakar virologi mencadangkan dijalankan ujian kendiri harian Covid-19 bagi individu yang rutinnya menyebabkan mereka terdedah atau berhubung dengan orang lain.

Ujian itu perlu dijalankan sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut sebagai langkah perlindungan daripada jangkitan varian Omicron dan empat hari berturut-turut daripada varian Delta, kata Kumitaa Theva Das dari Universiti Sains Malaysia.

Kumitaa memberitahu FMT bahawa varian Omicron boleh dikesan tiga hari selepas terdedah kepada virus berkenaan, varian Delta pada hari keempat dan strain asal dari Wuhan pada hari kelima.

Katanya, ujian kendiri seminggu sekali sudah mencukupi bagi mereka yang tidak kerap berada di luar rumah tetapi tinggal bersama mereka yang berada di luar.

Beliau turut memberi amaran supaya tidak mempercayai keputusan negatif dalam ujian awal yang dilakukan.

Kumitaa juga berkata, pengalaman pengguna Twitter yang memperoleh keputusan negatif pada kit ujian kendirinya tetapi kemudian positif pada ujian Rt-PCR sudah dijangka.

Katanya, ujian PCR bergantung pada penggandaan virus dalam sampel swab untuk membolehkan pengesanan.

“Dengan ujian air liur melalui kit Rtk-Antigen, jika ia lebih awal dan jumlah virus terlalu sedikit, ia mungkin tidak dapat diambil,” katanya. “Oleh itu, ujian tiga hari berturut-turut adalah penting.”

Keputusan PCR pengguna Twitter itu menunjukkan nilai Ct direkodkan antara 36 hingga 37, yang menurut Kumita menunjukkan bahawa ia mungkin jangkitan baharu atau mungkin pada penghujung tempoh jangkitan. Ct bermaksud “ambang kitaran” yang mengukur beban virus.

Kata beliau, nombor Ct yang rendah mungkin tidak dapat diambil melalui ujian antigen. FMT

Uji 3 hari berturut-turut untuk kesan Omicron – pakar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rumah mewah atas bukit di Shah Alam untuk dijual RM17j (Video)

Ustaz Abu Syafiq mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker