“Jangan Buat Perkara Mengarut!! PU Syed Tegur Trend ‘Unboxing Pengantin’ Di TikTok [VIDEO]

“Jangan Buat Perkara Mengarut!! PU Syed Tegur Trend ‘Unboxing Pengantin’ Di TikTok [VIDEO]

PENDAKWAH bebas, Pencetus Ummah Syed (PU Syed) menegur segelintir pengantin baharu yang mengikut trend melakukan video ‘unboxing by husband’ atau ‘unboxing pengantin’ di TikTok.

Kata PU Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 39, kandungan video seperti itu dianggap sesuatu yang mengarut selain boleh mendatangkan fitnah dalam kalangan masyarakat yang menontonnya.

“Isteri itu hak kita… jangan kita kongsikan pada orang lain kecantikan dia, kemanisan dia… semuanya untuk kita sebagai seorang suami.



“Kita ada sifat muda, sifat nak cuba belaka… tapi kena patuh juga dengan perintah Allah dan jangan sesekali buat begitu.

“Jangan buat perkara mengarut kerana ia tidak mendatangkan faedah kecuali fitnah semata-mata,” katanya kepada mStar.

Berdasarkan tinjauan di TikTok, video ‘unboxing by husband’ mula menjadi ikutan segelintir pasangan pengantin baharu.

Difahamkan ia bertujuan untuk berkongsi kegembiraan selain memberitahu kepada masyarakat bahawa mereka sudah menjadi suami isteri yang sah.-mSTAR



“Jangan Buat Perkara Mengarut!! PU Syed Tegur Trend ‘Unboxing Pengantin’ Di TikTok [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rumah mewah atas bukit di Shah Alam untuk dijual RM17j (Video)



Ustaz Abu Syafiq mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker