Dibebaskan daripada tuduhan merogol remaja, penganggur tidak percaya sehingga terpinga-pinga

Gambar Hiasan***

PETALING JAYA: Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini melepas dan membebaskan seorang penganggur daripada hukuman penjara dan lapan sebatan atas kesalahan merogol dua remaja bawah umur, lapan tahun lalu.

Panel tiga hakim yang diketuai Kamaludin Md Said dan bersidang bersama-sama M Gunalan dan Hashim Hamzah sebulat suara memutuskan untuk melepas dan membebaskan Muhmed Azroel Hassan, 31, selepas membenarkan rayuannya.

Sejurus selepas tamat prosiding, dia terpinga-pinga seolah-olah tidak percaya dibebaskan selepas lapan tahun ditahan di penjara sehingga peguamnya menerangkan butiran keputusan itu.

Mahkamah memaklumkan terdapat merit dalam rayuan dan mendapati Mahkamah Sesyen terkhilaf apabila membuat keputusan hanya berdasarkan bukti dengar cakap.



“Mahkamah juga mendapati adalah tidak selamat untuk mengekalkan sabitan dan hukuman apabila pengecaman mangsa ke atas perayu juga tidak selamat.

“Oleh itu, mahkamah membenarkan rayuan perayu (Muhmed Azroel) dan mengetepikan sabitan serta hukuman terhadapnya,” kata hakim Gunalan ketika membacakan penghakiman, menurut laporan Kosmo.

Pada prosiding hari ini, Muhmed Azroel diwakili Zuhaidie Akmal Hassan Basri dan Raja Mohd Afiq Raja Azmi manakala pihak pendakwaan yang dinamakan sebagai responden dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, How May Ling.

Bagaimanapun, dalam prosiding yang sama, enam lagi perayu termasuk tiga remaja bawah umur (berumur antara 14 hingga 17 tahun ketika kejadian) dalam rayuan kes yang sama tidak begitu bernasib baik apabila panel yang sama mengekalkan sabitan salah atas kesalahan merogol mangsa yang sama.



Dibebaskan daripada tuduhan merogol remaja, penganggur tidak percaya sehingga terpinga-pinga


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ustaz Abu Syafiq mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker