Tuntutan harta sepencarian RM1 bilion ditangguhkan Mahkamah Syariah

Aminah Abdullah, 87, ibu kepada Allahyarham Jamaluddin Jarjis, mendakwa anaknya memperoleh hartanya tanpa sebarang sumbangan daripada menantunya

KUALA LUMPUR: Perbicaraan saman yang dikemukakan isteri kepada bekas menteri Kabinet, Jamaluddin Jarjis bagi mendapatkan harta sepencarian bernilai RM1 bilion gagal berlangsung selepas salinan pernyataan keterangan saksi hanya diberikan kepada defendan, pagi ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Shariah Hasnita Hamidon, kemudian menetapkan 7 April bagi Kalsom Ismail memberi keterangan.

Kalsom, yang juga bekas doktor gigi, pada awal 2018 memfailkan saman bagi mendapatkan 50% daripada harta alih dan tidak alih dalam negara luar negara merangkumi nilai keseluruhan RM2.1 bilion yang dimiliki Jamaluddin.

Bagaimanapun defendan, iaitu ibu Jamaluddin, Aminah Abdullah, membuat bantahan kerana mendakwa kebanyakan aset yang terkumpul itu diperoleh sebelum anaknya menikahi Kalsom.



Aminah turut mendakwa arwah anaknya secara bersendirian melakukan pemerolehan harta tanpa sebarang sumbangan daripada menantunya.

Pada 2017, anak kepada Jamaluddin – Nur Anis dan Ikhwan Hafiz – dilantik sebagai pentadbir bagi pembahagian harta si mati mengikut undang-undang Islam.

Mengikut undang-undang syariah, ibu mendapat satu perenam daripada harta, isteri mendapat satu perlapan dan selebihnya dikongsi dalam kalangan anak-anak.

Sekiranya Kalson berjaya dalam samannya, beliau berhak mendapat 50%, selain satu perlapan seperti diperuntukkan dalam hukum faraid.



Hari ini, peguam syariah Nur Hidayah A Bakar, yang hadir mewakili Aminah, memberitahu wartawan bahawa keterangan saksi membabitkan Kalsom dan dokumen lain hanya diberikan kepada mereka sebelum perbicaraan bermula.

“Keterangan itu sepatutnya diberikan kepada kami sekurang-kurangnya seminggu sebelum kes dijadualkan bersidang,” katanya.

Pemberita bagaimanapun dihalang membuat liputan susulan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19

Hidayah berkata, Kalsom tidak dapat memberi keterangan susulan pihak defendan memerlukan lebih banyak masa untuk menyemak kandungan keterangan saksi dan pembuktian lain.



Kalsom, yang diwakili peguam Sulaiman Abdullah, kemudiannya meminta penangguhan untuk pihak terbabit menyemak kandungan dokumen dikemukakan.

Hidayah berkata, beliau memohon kos RM100,000 sekiranya perbicaraan ditangguhkan ke tarikh lain.

“Bagaimanapun, hakim memerintahkan tiada kos dan menetapkan 7 April sebagai tarikh baharu dengan tiada penangguhan lanjut,” katanya sambil menambah beliau memaklumkan kepada hakim bahawa pihak plaintif cuba menangguhkan kes.

Katanya, Aminah yang berusia 87 tahun berhasrat menamatkan pertikaian secepat mungkin.



Sulaiman, ketika ditemui pemberita, berkata, Kalsom bersedia memberikan keterangan, namun peguam defendan memerlukan masa mendapat arahan selanjutnya daripada anak guam.

“Kes kita akan berlangsung dalam tempoh panjang. Kami belum menetapkan berapa ramai saksi akan dipanggil selain Kalsom,” katanya.

Sulaiman berkata, timbul isu sama ada undang-undang tempatan dan luar boleh diguna pakai membabitkan harta di luar negara. Selain itu, ia juga membabitkan cukai berkaitan yang perlu ditentukan.

“Banyak peguam terbabit membabitkan saman di mahkamah sivil,” katanya selain menambah bahawa pentadbir juga berhasrat melakukan pembahagian aset secepat mungkin.



Pengantaraan berhubung aset ditinggalkan Jamaluddin yang juga pernah berkhidmat sebagai duta ke Amerika Syarikat, gagal dilaksanakan pada 2019.

Jamaluddin terbunuh pada 4 April 2015 selepas helikopter dinaikinya yang dalam perjalanan dari Pekan, Pahang, menuju ke Kuala Lumpur, terhempas di Kampung Sungai Pening, Semenyih, Selangor.

Turut terkorban adalah juruterbang Kapten Clifford William Fournier; bekas setiausaha sulit kepada bekas Perdana Menteri Najib Razak, Azlin Alias; ahli perniagaan Tan Huat Seang; pembantu peribadi Jamaluddin Razakan Seran dan seorang wanita dikenali Aidana Baizieva.

Jamaluddin juga adalah ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno dan Ahli Parlimen Rompin bermula 1990 hingga kematiannya.



Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, memberikan pengisytiharan kepada Aminah bahawa tiga juta saham bernilai RM1.044 bilion dalam Rantai Wawasan Sdn Bhd, menjadi sebahagian daripada harta pusaka anaknya dan dia berhak sebagai benefisiari kepada harta berkenaan.

“Surat ikatan amanah yang dibuat pada 2009 oleh si mati (Jamaluddin) sebagai pemilik berfaedah dan pemilik penuh saham Rantai Wawasan.

“Sebaik sahaja pemiliknya meninggal dunia, saham berkenaan perlu diserahkan sebagai harta pusaka.”

Tuntutan harta sepencarian RM1 bilion ditangguhkan Mahkamah Syariah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah mewah atas bukit di Shah Alam untuk dijual RM17j (Video)

Ustaz Abu Syafiq mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker