Lelaki diculik ditemui mati dibunuh

Lelaki diculik ditemui mati dibunuh

IPOH – Mayat seorang lelaki yang menjadi mangsa culik September lalu, ditemui ditanam di sebuah kebun kelapa sawit di Bidor semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, penemuan mayat lelaki berusia 29 tahun itu susulan tangkapan ke atas seorang daripada suspek di hentian rehat dan rawat (R&R) Dengkil, Selangor, kelmarin.



Katanya, dengan dipandu arah suspek berusia 30 tahun itu, mayat mangsa ditemui ditanam di kawasan berkenaan dalam keadaan dibungkus plastik kanvas.

“Pihak polis menerima laporan berkaitan kes seorang lelaki dilarikan dua individu pada 3 Oktober tahun lalu.

“Berdasarkan siasatan ke atas pengadu, dia memberitahu kejadian itu berlaku pada 13 September lalu ketika dia dan mangsa berada di kolam ikan di Kampung Poh, Bidor di mana mereka telah diserang dua lelaki bersenjatakan kayu.

“Mangsa kemudian telah dipaksa masuk ke dalam sebuah kenderaan oleh suspek sebelum beredar. Suspek juga mengugut pengadu agar tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini. K Online



Lelaki diculik ditemui mati dibunuh


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000



Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker