Sukar kesan individu dedah maklumat dalam media sosial

Sukar kesan individu dedah maklumat dalam media sosial

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyifatkan pendedahan yang dilakukan pihak-pihak tertentu dalam laman sosial kerana mereka tidak mempunyai pengenalan diri sebenar.

Beliau menerusi hantaran di laman Twitternya memberitahu, sebab itu penguat kuasa malah mangsa yang difitnah tidak dapat mengambil tindakan kerana tidak mengetahui identiti mereka.

Malah kata beliau, pendedahan itu dilihat sebagai agenda pihak tertentu bagi mewujudkan persepsi negatif bagi merosakkan kredibiliti.

“Pihak-pihak tertentu berani membuat tuduhan liar dan fitnah di media sosial kerana tidak ada pengenalan yang sebenar.

“Oleh itu penguat kuasa atau mangsa tidak dapat ambil tindakan kerana tidak tahu identiti mereka. Ia agenda pihak tertentu mewujudkan persepsi negatif bagi merosakkan kredibiliti,” katanya.

Dalam pada itu, Musa berkata, setiap pendedahan yang dibuat, siasatan dilakukan tetapi mereka akan menuduh pihak berkuasa melindungi individu tertentu kerana tidak dituduh memandangkan tiada keterangan.

Jelas beliau, sekiranya ada pertuduhan, mereka ini akan mengatakan perkara itu adalah konspirasi dan penganiayaan.

“Penyokong dan pengikut mereka pula menambah cerita palsu lagi,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Sukar kesan individu dedah maklumat dalam media sosial


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000

Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker