Penalti Mbappe selamatkan maruah Real Madrid

Penalti Mbappe selamatkan maruah Real Madrid

Penalti Mbappe selamatkan maruah Real Madrid
MBAPPE meraikan jaringannya. FOTO AFP

Madrid: Kylian Mbappe menyempurnakan sepakan penalti ketika Real Madrid menewaskan Osasuna 1-0, awal pagi tadi, sekali gus membuka kempen La Liga dengan kemenangan di bawah kendalian jurulatih baharu, Xabi Alonso.

Penyerang Perancis itu, pemenang Kasut Emas Eropah musim lalu, menjaringkan gol awal babak kedua selepas dijatuhkan pertahanan Osasuna, Juan Cruz dalam kotak penalti.

Gol tunggal itu sudah memadai untuk mengesahkan tiga mata dalam perlawanan sulung Alonso di Santiago Bernabeu, sekali gus mengekalkan rekod Madrid yang tidak pernah tewas dalam aksi pembukaan liga sejak 2008.

“Anda boleh lihat Mbappe mahu melakukan lebih banyak lagi selepas musim pertama yang hebat,” kata Alonso.

Mbappe menamatkan musim lalu sebagai penjaring terbanyak La Liga dengan 31 gol pada musim pertamanya di Sepanyol, dan kini memakai jersi nombor 10 yang ditinggalkan Luka Modric selepas pemain Croatia itu berhijrah ke AC Milan bulan lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman


“Saya tidak pasti sama ada ia ada kaitan dengan nombor baharu atau semangatnya untuk menang, tetapi dia mahu meningkatkan prestasi individu dan pasukan serta memberi inspirasi kepada rakan sepasukan.

“Anda boleh lihat keinginannya setiap hari. Hari ini dia mencipta detik-detik penting yang membolehkan kami memenangi perlawanan,” tambah Alonso.

Madrid melalui pramusim yang singkat selepas mara ke separuh akhir Piala Dunia Kelab pada Julai lalu, namun Alonso menegaskan perkara itu tidak boleh dijadikan alasan selepas permintaan mereka untuk menunda aksi menentang Osasuna ditolak.

“Memulakan liga dengan langkah kanan sangat penting. Kami tahu persiapan tidak sempurna.

“Tetapi kami tidak benar-benar menderita dan ia satu persembahan yang lengkap,” kata pertahanan Madrid, Dani Carvajal, kepada DAZN.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu masuk sebagai pemain gantian untuk penampilan liga pertamanya sejak Oktober selepas pulih daripada kecederaan lutut yang panjang, menggantikan Trent Alexander-Arnold pada separuh masa kedua.

 

Penalti Mbappe selamatkan maruah Real Madrid

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker