Pelajar SPM MRSM Lipis dikuarantin

LIPIS – Kesemua pelajar tingkatan lima Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lipis yang bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikuarantin selepas seorang pelajar didapati positif Covid-19 semalam.

Pengarah MKN negeri, Mohd Zairasyahli Shah Zakaria berkata, seramai 142 pelajar perempuan ditempatkan di Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) Bukit Tinggi manakala dua pelajar lelaki dikuarantin di asrama.



“Pemindahan ke I-KPKT dilakukan untuk keselamatan selepas ada kes positif dan melihat situasi yang mana daripada 20 orang yang bergejala meningkat kepada 30 orang dalam tempoh 10 hari.

“Setakat pagi ini terdapat tiga lagi pelajar yang dikuarantin di I-KPKT positif Covid-19 dan dihantar ke Hospital,”katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, pemindahan pelajar perempuan ke I-KPKT dilakukan selepas mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Katanya, pemindahan pelajar berkenaan menaiki bas turut diiringi pihak polis dalam memastikan aspek keselamatan sentiasa diberi keutamaan.



“Terdapat juga tiga guru pengiring dibawa bagi menjaga kebajikan pelajar sepanjang ditempatkan dikuarantin,”ujarnya. – K! ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker