Nad Zainal takut penerimaan orang Kelantan

Nad Zainal takut penerimaan orang Kelantan

Pelakon, Nad Zainal bimbang dengan penerimaan masyarakat Kelantan terhadap watak yang bakal dijayakannya dalam filem baharu arahan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Denu.

Katanya, cabaran menggalas tanggungjawab sebagai primadona mak yong merupakan tugasan besar yang belum pernah digalas sebelum ini.

“Saya perlu sentiasa berdialek dalam loghat Kelantan. Lebih mencabar apabila saya dituntut untuk membawa budaya dari sana, tambahan pula saya bukan berasal dari Kelantan. Itu yang saya rasa sekarang.

“Saya juga risau memikirkan penerimaan orang, apatah lagi digandingkan pula dengan idola saya ,Sabri Yunus yang memang sudah menjadi ‘makanan’ dia (filem loghat Kelantan),” katanya ketika ditemui semasa majlis prapelancaran filem Denu, semalam.

Filem yang bakal menjalani penggambaran bermula 17 Oktober ini di sekitar Perak mengisahkan mak yong pada era sebelum merdeka sebagai latar cerita, menggandingkan Nad (Asmah) sebagai isteri kepada Sabri (Pok Yeh).

Filem yang menelan kos RM1.8 juta turut dibintangi pelakon handalan lain seperti Hairi Safwan, Che Kem, Azman Hassan dan ramai lagi.

Mengulas hubungan yang dikatakan agak ‘mesra’ apabila memuat naik gambar bersama pelakon, Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz di Instagram, pemilik nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin berkata, keakraban mereka hanya sebagai rakan sekerja semata-mata.

“Dengan Ungku memang ada apa-apa sebab kita mempunyai visi dan misi yang sama. Kita sedang usahakan satu saluran YouTube seperti membuat kandungan mengenai travelog.

“Kami juga merancang untuk mempunyai syarikat produksi dan terbitkan telefilem bersama-sama pada masa akan datang.

“Idea hendak bekerjasama ini tercetus sejak penggambaran telefilem Cina Buta lagi,” katanya.

Nad juga menafikan dakwaan mereka berdua sedang bercinta apabila pergi bercuti di Bali bersama-sama, baru-baru ini.

“Saya ingin tegaskan, kami ke sana memang atas urusan kerja. Bukan saya seorang, malah pembantu saya juga ikut sekali. Kami terbuka berkongsi perkara itu di media sosial dan tidak perlu sorok-sorok. Tiada istilah hendak ‘kantoikan’ diri,” katanya.

Bulan lalu, pelakon berusia 32 tahun itu mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan sudah bercerai dengan suaminya, Muhammad Faliq Amiruddin.

Nad dan Faliq mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015 dan mereka dikurniakan dua anak, Fahad Ibrahim, 6, serta Budi Kalsom, 1. FMT

Nad Zainal takut penerimaan orang Kelantan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isteri mengamuk tampar suami leka menyanyi bersama wanita lain [VIDEO]

Model jelita disuntik racun, mayat disimen dan dibuang di gurun

Bomoh dicekup berkhalwat dengan isteri orang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker