Lelaki Ini Mahu Bunuh Wanita Yang ‘Kelihatan Gembira’ [VIDEO]

Lelaki Ini Mahu Bunuh Wanita Yang ‘Kelihatan Gembira’ [VIDEO]

Tokyo: Mahu bunuh wanita yang ‘kelihatan gembira.’ Itu pengakuan seorang suspek yang melakukan serangan dengan bersenjatakan pisau ketika berada di dalam tren di di Tokyo, Jumaat lalu.

Lelaki itu memberitahu polis bahawa dia ingin membunuh wanita yang ‘kelihatan gembira.’

The Sun melaporkan, dalam kejadian itu 10 orang cedera termasuk seorang wanita berusia 20-an, yang cedera dengan beberapa luka tikaman di dada dan bahagian belakang badannya,



Kejadian dilaporkan berlaku jam 8.30 malam waktu tempatan, di antara stesen Seijogakuen-mae dan stesen Soshigaya-Okura di Setagaya Ward.

Suspek, Yusuke Tsushima, 36, ditahan ketika dia cuba melarikan diri dari tempat kejadian.

“Saya mula rasa ingin membunuh wanita yang kelihatan gembira, kira-kira enam tahun lalu.



“Saya hanya mahu membunuh banyak orang,” katanya kepada polis seperti dilaporkan akhbar Sankei.

Rangkaian Televisyen TBS melaporkan suspek menikam seorang wanita yang kebetulan duduk berhampiran dengannya di dalam tren.

Katanya, dia memilih melakukan serangan di dalam tren kerana mempunyai kesempatan untuk membunuh ramai orang.

Suspek juga membawa minyak masak dan pemetik api dipercayai untuk melakukan pembakaran di dalam tren, lapor NHK.



Pihak berkuasa berkata, mangsa dikejarkan ke hospital manakala seorang lagi dapat berjalan.

Seorang saksi di stesen berkata, dia melihat penumpang yang panik keluar dari tren.

Sementara itu seorang lagi saksi memberitahu NHK bahawa dia melihat penumpang berlumuran darah dan pengumuman dibuat meminta doktor di dalam tren dan penumpang untuk membantu.

Pengendali tren Odakyu Electric Railway Company berkata, puluhan polis dan paramedik bergegas ke lokasi kejadian.



Polis enggan memberi sebarang komen dan tidak ada maklumat lain yang diberikan.

Stesen Seijogakuen-Mae hanya beberapa kilometer dari stadium Olimpik Tokyo 2020, di mana temasya sukan itu secara rasmi ditutup pada malam kelmarin.-DailyMail

Lelaki Ini Mahu Bunuh Wanita Yang ‘Kelihatan Gembira’ [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




MCA Mungkin Lupa, UMNO Tidak Lupa – Najib

Amboi Mona Allen! Baik Punya….



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker