MCA Mungkin Lupa, UMNO Tidak Lupa – Najib

PRESTASI MCA sangat teruk dalam Pilihanraya UMUM ke 14 yang lalu namun ianya tidak menyebabkan UMNO “putus kawan” dengan parti tersebut. Malah UMNO bantu MCA tanpa mengira perit getir ketika menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Sebagai “balasan” kesetiaan UMNO, MCA memberi gambaran masih menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Parti itu kini didesak untuk mengingati rakan sekutu mereka.

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah berkongsi klip video seorang wanita Melayu berhujan ketika berkempen untuk Wee Jeck Seng (MCA) semasa PRK Tanjung Piai.

“Kempen PRK 20 bulan dahulu. Adakah kamu lupa pihak mana yang memberi sokongan paling padu pada kamu tanpa mengira ribut petir atau matahari terik?

“Adakah kamu sudah lupa siapakah pihak lawan masa itu? Kamu mungkin sudah lupa. Tapi, kami di Umno tak lupa,” tulis Najib.

PRK Tanjung Piai diadakan pada bulan November 2019 yang menyaksikan Wee mengalahkan calon Bersatu Karmaine Sardini dan Wendy Subramaniam dari Gerakan.

Lebih separuh daripada kawasan pengundi Tanjung Piai adalah kaum Melayu, menjadikan peranan Umno dalam kempen BN sangat penting.

Umno dan MCA antara anggota pengasas BN dan pendahulu gabungan itu, Perikatan.

Benarlah kata orang tua-tua, disaat kita susah, ketika itulah kita boleh mengenali siapa sebenarnya kawan sebenar kita.

Pada 6 Ogos, Presiden MCA Wee Ka Siong menghadiri sidang media bersama sekumpulan anggota parlimen Umno mengumumkan akan terus menyokong Muhyiddin. MCA memilih menolak keputusan Umno untuk memutuskan hubungan dengan Perikatan Nasional dan menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

MCA dilihat sebagai sebuah parti yang gagal menawan hati kaum Cina dalam PRU14. Adakah mereka berusaha mengubah situasi tersebut dalam menghadapi PRU15? Relevankah lagi MCA? Realitinya hampir 90% kaum Cina memilih DAP. Malah dikatan ahli MCA sendiri mengundi DAP.

Mereka gagal turun ke akar umbi. Mungkin sudah sampai masanya MCA lakukan perubahan dalam gerak kerja mereka. Rakyat mahu lihat “result” dan siapa yang lebih beri perhatian kepada untung nasib mereka. Itu yang berlaku kepada kerajaan Muhyiddin yang dilihat gagal membela nasib rakyat. Kerajaan PH yang dipimpin Mahathir sebelum ini pun tidak mampu menjaga rakyat.

Rakyat tahu kerajaan mana yang sentiasa menjaga kepentingan mereka, memajukan negara serta mempunyai visi dan misi yang jelas dan padu.

– Nurul Aisyah

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker