Najib kata soalan beliau bulan Mei pun Kerajaan gagal jawab

Soalan saya sejak bulan Mei belum dijawab:

“Lebih 64,000 murid dijangkiti Covid-19, siapa perlu bertanggungjawab, soal Najib”

Buat darurat sebab krisis Covid sudah sangat parah tapi buka sekolah, tutup parlimen.

Sekolah tetap buka walaupun PKP dilaksana.

Kluster pendidikan melonjak naik, Menteri PN kata murid lebih selamat di sekolah. Kata mereka yang tak bergejala tetap boleh hadir di sekolah. Kata ini berdasarkan data dan sains.

Satu lagi menteri PN suruh ibu bapa jangan risau sebab KKM ada cara untuk tangani kluster pendidikan.

Najib suruh tutup segera. Suruh abaikan dua menteri “tak guna” itu untuk elak bencana (JKOM sakit hati saya gelar menteri-menteri mereka tak guna).

Last last, KKM kata lebih 64,000 murid sekolah telah dijangkit sejak sekolah buka 2 bulan.

Najib tanya siapa nak bertanggung jawab.

Sebab ini adalah kecuaian jenayah yang telah membawa kepada ribuan kematian dan menyebabkan Covid tersebar luas ke dalam komuniti sehingga menjadi sporadik apabila murid-murid sekolah tidak bergejala dengan tidak sengaja bawa balik virus ke rumah untuk menjangkit dan membunuh ahli keluarga.

Jawapan dari pihak sana: Krik krik Krik.

Buat keputusan kurang akal, mereka.

Yang tanggung dan bayar dengan nyawa dengan penderitaan tak sehingga, siapa? Bukan mereka.

Jadi, patutkah saya marah dan tuntut ketua mereka bertanggung jawab serta mahu mereka belah?

Najib Razak

Najib kata soalan beliau bulan Mei pun Kerajaan gagal jawab

 

Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lupakah MCA siapa lawan di Tg Piai – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker