Pemimpin UMNO letak jawatan, giliran Rosni Sohar

Pemimpin UMNO letak jawatan, giliran Rosni Sohar

Rosni letak jawatan Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Rosni Sohar mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengurusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkuatkuasa semalam.

Beliau berkata, peletakan jawatannya itu selaras dengan peletakan jawatan Ketua Wanita UMNO yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Noraini Ahmad sebagai Menteri Pengajian Tinggi.

“Saya sebagai ahli MKT UMNO setia dan patuh atas ketetapan yang dibuat parti.

“UMNO parti yang memperjuang dan mendukung titah Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan seperti yang termaktub dalam asas serta tujuan UMNO mengikut Fasal 3,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Rosni yang juga Setiausaha Wanita UMNO turut mengucapkan penghargaan kepada Noraini kerana memberi peluang kepada beliau berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh kakitangan PTPTN atas kerjasama yang baik sepanjang perkhidmatan beliau.

Jumaat lalu, Noraini meletakkan jawatannya sebagai Menteri Pengajian Tinggi serta-merta Jumaat lalu berdasarkan keputusan MKT UMNO pada 3 Ogos lalu yang menarik sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain Noraini, Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah turut meletakkan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli. BH

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Pemimpin UMNO letak jawatan, giliran Rosni Sohar

Nak tahu siapa Nazri sebenar, baca kenyataan lalunya – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker