Resepi Sambal Belacan Strawberi Berdesing Pedas

Resepi Sambal Belacan Strawberi Berdesing Pedas

Resepi yang dikongsikan kali ini merupakan resepi yang agak unik. Sambal belacan strawberi menggunakan bahan-bahan yang biasa seperti mana sambal belacan. Namun didalam inovasi baru ini kita menggunakan buah strawberi sebagai kelainan.

Bagi anda yang ingin mencubanya, bahan-bahan yang digunakan ialah cili api belacan dan buah strawberi. Tidak seperti kebiasaan sambal belacan biasa ia hanya menggunakan buah strawberi kerana buah ini agak masam jika dibeli di negara kita ini oleh itu amat sesuai dijadikan bahan di dalam sambal belacan. Berikut adalah cara dan bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

15 biji lada kecil
2 biji lada merah besar
Belacan bakar 1 inci
Strawberry sesuka hatimu
Garam dan gula secukup rasa.

Kaedah

Bakar cili dan belacan.

Kisar atau tumbuk semua bahan

Tambahkan strawberi dan perasakan gula dan garam.
Siap

Resepi Sambal Belacan Mangga


Seterusnya resepi sambal belacan mangga, di dalam resepi ini menggunakan digunakan ialah mangga yang telah masak ranum. Gunakan mangga yang jenis masam kau ni ianya lebih sedap. Baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

300gm cili padi
3 biji buah mangga masak
Sekeping belacan | dibakar
2 ulas bawang putih | dibakar
1 biji bawang besar | dibakar
Sedikit garam dan gula

Kaedah

Kisar cili padi bersama bahan yang dibakar.

Perasakan dengan garam dan juga gula secukupnya.

Akhir sekali, masukkan mangga masak dan gaul hingga rata.
Siap!

Resepi Sambal Belacan Strawberi Berdesing Pedas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Nasi Lemak Strawberi Extra Special

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker