Amang seksual dan liwat, pengasas sebuah pusat tahfiz warga Singapura didakwa lagi

Muhammad Firdaous Abdul Rashif, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Nariman Badruddin. – Gambar fail Awani

ALOR GAJAH – Pengasas sebuah pusat tahfiz warga Singapura didakwa lagi di Mahkamah Sesyen Alor Gajah hari ini atas tiga pertuduhan melakukan jenayah seksual terhadap seorang pelajar lelaki, sejak dua bulan lalu.

Tertuduh, Muhammad Firdaous Abdul Rashif, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar lelaki berusia 14 tahun itu di bilik rumah guru di sebuah pusat tahfiz di Melaka pada pukul 3 petang, Mac lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017 dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa sama di tempat, masa dan tarikh sama.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 377c Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Tertuduh yang beristeri dua turut berdepan satu lagi pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap mangsa sama di dalam bilik rumah guru di sebuah pusat tahfiz di Alor Gajah, Melaka pada pukul 1.30 pagi, 28 April lalu.

Sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan sebat di bawah Seksyen 377e Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Anis Najwa Nazari manakala tertuduh diwakili peguam Faathir Imran Firdaus.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan 26 Jjun ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Rabu lalu, tertuduh turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas lima pertuduhan melakukan seks luar tabii dan amang seksual fizikal terhadap tiga pelajarnya, sejak tahun lalu. – Awani

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Amalina Akhirnya Dedah Wajah Anak

‘Ex Founder’ Dedah Taktik Kotor ‘Geng Founder Pantai Timur’

Diva AA Berang Ada Individu Tiru Gaya Percakapannya?

Related Articles

One Comment

  1. Datuk Yip Kum Fook is very stupid and very uneducated, and also a poor man because he was cheated of monk’s money but soon he will suffer, his Kamma will come back to him in the near future, he doesn’t know about the power of Buddhist monks….

    He likes to bad dirty to play with the Buddhist monks and he doesn’t know that the monks are students of the great Buddhist teacher, also he can’t erase what he did with the monks before…The Buddhist monks come to practice at the Temple but he call the police and gangsters to harass them until the monks have to leave the temple

    This man (Datuk Yip) may be doing illegal things because he is a businessperson as a furniture store in Taman Daya, Kepong only but some say he has a lot of property in the Kepong area, now many are slandering him in various ways. Hope this new government needs to know about him

    Maybe the property of the Temple is also his name because he did the documents for the temple, this man can’t be trusted because his face is like a robber and like a thug…he took some Buddhist monks out of the temple until today, everything is not solved, why! Because Buddhist monks have their power

    My name is ah Keong and the first committee member of Samnak Sambodhi(Taman Desa Jaya), we started a Temple in Taman Ehsan, Kepong with our Master and hope to share this message to everyone in Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker