Negeri Sembilan mudah belasah MUTIARA-MSSPP-PSHA
Negeri Sembilan mudah belasah MUTIARA-MSSPP-PSHA

Seremban: Pasukan hoki wanita Negeri Sembilan meneruskan rentak kemenangan apabila menewaskan wakil Pulau Pinang, MUTIARA-MSSPP-PSHA, 15-0, pada saingan Liga Hoki Wanita Malaysia (LHWM) MHL-TNB 2026 di Stadium Hoki Seremban 2, petang tadi.
MUTIARA-MSSPP-PSHA yang dibarisi pemain muda ternyata bukan tandingan buat Negeri Sembilan yang menguasai sekitar 75 peratus perlawanan dengan setiap serangan dilakukan membuahkan jaringan.
Malah, skuad bimbingan Shaiful Azli Abd Rahman itu sudah menembusi gawang pelawat seawal minit ketujuh menerusi sentuhan Nur Zariefah Dania Mazlan selepas dia menyudahkan lorongan kapten, Noor Hasliza Md Ali dalam kawasan D.
Pemain kebangsaan, Nuramirah Shakirah Zulkifli muncul peledak utama perlawanan itu dengan menjaringkan enam gol untuk keseluruhan mengumpul 11 gol peribadi selepas menjaringkan lima gol ketika mereka menentang Pahang di gelanggang lawan pada aksi kedua sebelum ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gelombang Anak Muda Semakin Meningkat, Bersama Bina Masa Depan – Azman Azeez
- ADUN UMNO/BN Negeri Sembilan Junjung Adat Dan Pertahankan Perlembagaan Negeri
- Mempertahankan Parti Di Media Sosial Tuntut Keberanian dan Kredibiliti – Nurul Hidayah
Perkukuh Gerak Kerja Seiring Semangat 80 Tahun Perjuangan UMNO – Norshida
Kemenangan bergaya Negeri Sembilan itu disaksikan sendiri Menteri Besar merangkap Presiden Persatuan Hoki Negeri Sembilan (PHNS) Datuk Seri Aminuddin Harun.
Ketika ditemui kemudiannya, beliau mengucapkan tahniah dan syabas di atas komitmen tinggi pemain dalam setiap perlawanan yang dilalui setakat ini.
“Melihat kepada prestasi dan persembahan pasukan ini, saya yakin dan percaya sasaran PHNS untuk memenangi ketiga-tiga piala yang menjadi rebutan musim ini boleh direalisasikan.
“Setakat ini kita sudah memenangi Piala Sumbangsih dan saya berharap dua lagi trofi iaitu Piala LHWM dan Piala Vivian May Soars mampu berada dalam genggaman Negeri Sembila,” katanya yang turut memaklumkan insentif RM200 kepada setiap pemain dan jurulatih pasukan itu diberikan hasil kejayaan merangkul Piala Sumbangsih.
Negeri Sembilan mudah belasah MUTIARA-MSSPP-PSHA
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Ke-80: Pasak Kukuh, Landasan Jelas Jadi Teras Masa Depan – Mohamad Alamin
- BKJ Fasa Keempat Cermin Komitmen Berterusan Kerajaan Negeri Johor – Md Israk
- Cadangan Pisahkan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya Diperhalusi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerajaan Perpaduan Kekal Utuh di Negeri Sembilan, Elak Polemik Politik
You must be logged in to post a comment.