Penunggang basikal maut langgar lari: Suspek remaja serah diri, ditahan

Penunggang basikal maut langgar lari: Suspek remaja serah diri, ditahan

Penunggang basikal maut langgar lari: Suspek remaja serah diri, ditahan
Suspek membawa polis ke lokasi kejadian seorang penunggang motosikal maut akibat langgar lari di Jalan Stutong. – Foto ihsan IPD Kuching

KUCHING: Suspek kes langgar lari yang menyebabkan seorang penunggang basikal maut di Jalan Stutong, di sini, Jumaat lalu, tampil menyerah diri kepada polis, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu, berkata suspek remaja lelaki berusia 19 tahun itu hadir menyerah diri di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, pada jam 12 tengah hari tadi.

Beliau berkata, suspek kemudian ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Suspek turut membawa pihak polis ke lokasi kejadian dan sebuah bengkel di Batu 4, di sini, iaitu tempat sebuah kenderaan jenis Proton Satria yang dipercayai terbabit, disimpan.

“Hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang unsur dadah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perkukuh Gerak Kerja Seiring Semangat 80 Tahun Perjuangan UMNO – Norshida


Beliau berkata, suspek akan dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian, serta Seksyen 52(2) akta sama kerana gagal melaporkan kemalangan dalam tempoh 24 jam.

Dalam insiden kira-kira jam 5.50 pagi 1 Mei lalu, mangsa yang menunggang basikal maut selepas dipercayai dilanggar sebuah kenderaan sebelum pemandunya melarikan diri dari tempat kejadian.

Mangsa berusia 56 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Sementara itu, berdasarkan maklumat dikongsikan dalam Facebook MyKuching, terdahulu pada hari kejadian, mangsa sempat menghantar mesej terakhir kepada rakan-rakannya pada jam 5.30 pagi bagi mengatur janji temu aktiviti berbasikal bersama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Isu Negeri Sembilan: UMNO Pilih Tindakan Berprinsip, Pertahan Perlembagaan Dan Institusi Raja



Namun, mangsa tidak muncul di lokasi pertemuan seperti dijanjikan menyebabkan rakan-rakannya mula berasa bimbang akan keselamatannya.

Mereka kemudian mengambil keputusan untuk menjejaki mangsa sebelum menemui lelaki itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di lokasi kejadian.

Difahamkan, rakan-rakan mangsa segera meminta bantuan penduduk yang tinggal berhampiran, termasuk jika ada sesiapa menyaksikan kejadian itu.

Hasil pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah rumah di kawasan itu, mereka berjaya mengenal pasti kenderaan dipercayai terbabit insiden langgar lari berkenaan.

Rakaman itu turut memaparkan arah kenderaan suspek melarikan diri sejurus selepas kejadian, sekali gus membantu usaha menjejaki individu terbabit.

Penunggang basikal maut langgar lari: Suspek remaja serah diri, ditahan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerajaan Perpaduan Kekal Utuh di Negeri Sembilan, Elak Polemik Politik

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker