Murid Tahun Dua maut dilanggar van di hadapan pagar sekolah
Murid Tahun Dua maut dilanggar van di hadapan pagar sekolah

BATU PAHAT: Murid perempuan Tahun Dua maut dilanggar sebuah van di hadapan pintu pagar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon, dekat Parit Sulong, di sini, hari ini.
Nur Aini Umairah Mohd Fareez yang berusia lapan tahun dikatakan dilanggar van ketika pulang dari sekolah sekitar jam 12.40 tengah hari, sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah pada kepala.
Sebelum kejadian mangsa baru selesai sesi persekolahan sebelum bergerak keluar dari pintu pagar.
Difahamkan, van terbabit juga ketika itu juga keluar dari pagar sekolah selepas menghantar barang, namun dikatakan tidak menyedari keberadaan mangsa.
Kejadian disaksikan beberapa ibu bapa yang kebetulan menunggu anak masing-masing pulang dari sekolah.
Mayat dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
“Kenyataan berhubung kejadian itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat sebaik siasatan awal selesai,” katanya.
Murid Tahun Dua maut dilanggar van di hadapan pagar sekolah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Ke-80: Pasak Kukuh, Landasan Jelas Jadi Teras Masa Depan – Mohamad Alamin
- BKJ Fasa Keempat Cermin Komitmen Berterusan Kerajaan Negeri Johor – Md Israk
- Cadangan Pisahkan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya Diperhalusi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerajaan Perpaduan Kekal Utuh di Negeri Sembilan, Elak Polemik Politik
You must be logged in to post a comment.