2 maut, 2 cedera kemalangan di Simpang 3 Manek Urai
2 maut, 2 cedera kemalangan di Simpang 3 Manek Urai

KUALA KRAI: Dua maut, manakala dua yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran Simpang 3 Manek Urai Lama, pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Penguasa Bomba Kanan Nik Ahmad Afsham Nik Pa, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan membabitkan Perodua Kembara dan Honda City VTEC itu..
Sehubungan itu, katanya enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai bergegas ke lokasi sebelum mendapati pemandu Perodua Kembara dan seorang penumpang Honda City disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Pemandu Honda City dan penumpang Perodua Kembara pula mengalami kecederaan,” katanya.
“Anggota mengeluarkan mangsa yang cedera sebelum diserahkan kepada pasukan ambulans Kementerian Kesihatan untuk rawatan lanjut.
“Dua mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
2 maut, 2 cedera kemalangan di Simpang 3 Manek Urai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Ke-80: Pasak Kukuh, Landasan Jelas Jadi Teras Masa Depan – Mohamad Alamin
- BKJ Fasa Keempat Cermin Komitmen Berterusan Kerajaan Negeri Johor – Md Israk
- Cadangan Pisahkan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya Diperhalusi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerajaan Perpaduan Kekal Utuh di Negeri Sembilan, Elak Polemik Politik
You must be logged in to post a comment.