Ibu tunggal 56 tahun maut tergelincir ketika mendaki Gunung Biyed
Ibu tunggal 56 tahun maut tergelincir ketika mendaki Gunung Biyed

GUA MUSANG: Seorang pendaki wanita yang juga ibu tunggal berusia 56 tahun ditemukan meninggal dunia selepas tergelincir dan jatuh ke Sungai Betis ketika mendaki di kawasan Gunung Gerah, Gunung Bilah dan Gunung Biyed, Pos Balar, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata pihaknya menerima makluman mengenai kejadian jam 3.21 petang.
Katanya, siasatan awal mendapati wanita itu adalah sebahagian daripada kumpulan seramai 11 orang yang memulakan pendakian pada 1 Mei lalu.
“Mangsa dipercayai tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai ketika melalui Sungai Beris, kira-kira 7.30 malam, 2 Mei lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gelombang Anak Muda Semakin Meningkat, Bersama Bina Masa Depan – Azman Azeez
- ADUN UMNO/BN Negeri Sembilan Junjung Adat Dan Pertahankan Perlembagaan Negeri
- Mempertahankan Parti Di Media Sosial Tuntut Keberanian dan Kredibiliti – Nurul Hidayah
Perkukuh Gerak Kerja Seiring Semangat 80 Tahun Perjuangan UMNO – Norshida
“Mangsa ditemui sekitar 300 meter dari lokasi kejadian dalam keadaan tidak sedarkan diri jam 8 pagi, Ahad lalu dan disahkan sudah meninggal dunia.
“Mangsa seorang ibu tunggal dari Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, susulan kejadian terbabit, pihak polis menyelaras Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi mengeluarkan mayat mangsa.
Katanya, operasi membabitkan perjalanan menggunakan kenderaan pacuan empat roda selama kira-kira empat jam dan diteruskan dengan berjalan hampir 10 jam ke lokasi kejadian.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa keluar semalam.
“Polis bersama agensi berkaitan sudah menjalankan tindakan lanjut di lokasi dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengutamakan aspek keselamatan, membuat perancangan rapi serta menggunakan khidmat pemandu arah bertauliah ketika menjalankan aktiviti pendakian, terutama di kawasan hutan dan sungai yang berisiko tinggi,” katanya.
Ibu tunggal 56 tahun maut tergelincir ketika mendaki Gunung Biyed
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Ke-80: Pasak Kukuh, Landasan Jelas Jadi Teras Masa Depan – Mohamad Alamin
- BKJ Fasa Keempat Cermin Komitmen Berterusan Kerajaan Negeri Johor – Md Israk
- Cadangan Pisahkan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya Diperhalusi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerajaan Perpaduan Kekal Utuh di Negeri Sembilan, Elak Polemik Politik
You must be logged in to post a comment.