Anggota polis disyaki ambil ‘wang kopi’ ditukarkan tugas pentadbiran

Anggota polis disyaki ambil ‘wang kopi’ ditukarkan tugas pentadbiran

Anggota polis disyaki ambil 'wang kopi' ditukarkan tugas pentadbiran
Noor Hisam (dua dari kanan) ketika merasmikan Majlis Peluncuran Modul Trend Semasa Jenayah Komersial sempena Karnival Pintar Siber UTP 2026, hari ini. – NSTP/MUHAMMAD ZULSYAMINI SUFIAN SURI

PARIT: Anggota polis yang disyaki mengambil ‘wang kopi’ daripada seorang lelaki di tepi jalan raya di Ipoh sebagaimana paparan rakaman video tular pada 26 April lalu, kini hanya ditugaskan kerja-kerja pentadbiran.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, berkata siasatan kes itu sudah selesai pada peringkat kontinjen negeri.

Katanya, ia kemudian diserahkan kepada Bukit Aman dengan siasatan lanjut masih dijalankan.

Buat masa ini, beliau berkata, anggota polis itu ditukarkan tugas sementara menunggu hasil siasatan lengkap oleh Bukit Aman.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perkukuh Gerak Kerja Seiring Semangat 80 Tahun Perjuangan UMNO – Norshida


“Hasil siasatan kita sudah diserahkan kepada Bukit Aman untuk arahan lanjut sebab ada beberapa bukti yang kita temui daripada hasil siasatan pada peringkat Polis Kontinjen Perak. Jadi, kita menunggu arahan lanjut daripada Bukit Aman.

“Siasatan kita tengok dari beberapa sudut, terutama pelanggaran tatatertib dan prosedur operasi standard (SOP) Unit Kereta Peronda (MPV), khususnya dalam menyelesaikan kesalahan berkaitan trafik.

“Justeru, anggota itu kini ditempatkan untuk membuat tugas pentadbiran di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Peluncuran Modul Trend Semasa Jenayah Komersial sempena Karnival Pintar Siber Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) 2026, di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Isu Negeri Sembilan: UMNO Pilih Tindakan Berprinsip, Pertahan Perlembagaan Dan Institusi Raja



Hadir sama Presiden UTP, Mohamed Firouz Asnan, dan Provos UTP, Prof Dr Benjamin Colin Cosh.

Sebelum ini, tular video berdurasi 46 saat menunjukkan seorang anggota polis yang dirakam dari jauh, dilihat menerima wang daripada seorang lelaki yang ditahan di kawasan tepi jalan raya.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah, dipetik berkata pihaknya menjalankan siasatan dalaman terhadap dakwaan tular melalui Facebook berkenaan.

Anggota polis yang disyaki mengambil ‘wang kopi’ daripada


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerajaan Perpaduan Kekal Utuh di Negeri Sembilan, Elak Polemik Politik

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker