Lelaki amuk pegang 2 pisau ditahan
Lelaki amuk pegang 2 pisau ditahan

PETALING JAYA: Seorang lelaki tempatan ditahan polis kerana mengamuk sambil memegang dua bilah pisau di kawasan lot kedai Damansara Perdana, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, berkata terdahulu pihaknya menerima maklumat awam kira-kira jam 7 malam tadi berhubung insiden itu.
Susulan laporan diterima, beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Polis Damansara bergegas ke lokasi kejadian.
“Setiba di tempat kejadian, polis mendapati seorang lelaki tempatan berada di tangga berhampiran premis sambil memegang dua bilah pisau.
“Anggota segera menghampiri suspek dan mengarahkannya menyerahkan senjata berkenaan sebelum lelaki itu berjaya ditahan tanpa sebarang insiden tidak diingini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gelombang Anak Muda Semakin Meningkat, Bersama Bina Masa Depan – Azman Azeez
- ADUN UMNO/BN Negeri Sembilan Junjung Adat Dan Pertahankan Perlembagaan Negeri
- Mempertahankan Parti Di Media Sosial Tuntut Keberanian dan Kredibiliti – Nurul Hidayah
Perkukuh Gerak Kerja Seiring Semangat 80 Tahun Perjuangan UMNO – Norshida
Shamsudin berkata, suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Damansara untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan serta Senjata Berbahaya 1958 kerana membawa senjata berbahaya di tempat awam.
“Siasatan lanjut masih diteruskan dan permohonan reman terhadap suspek dibenarkan selama tiga hari hingga 7 Mei ini.
“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan, selain menyalurkan maklumat kepada polis jika mempunyai maklumat berkaitan kejadian,” katanya.
Lelaki amuk pegang 2 pisau ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Ke-80: Pasak Kukuh, Landasan Jelas Jadi Teras Masa Depan – Mohamad Alamin
- BKJ Fasa Keempat Cermin Komitmen Berterusan Kerajaan Negeri Johor – Md Israk
- Cadangan Pisahkan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya Diperhalusi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerajaan Perpaduan Kekal Utuh di Negeri Sembilan, Elak Polemik Politik
You must be logged in to post a comment.