Mekanik ditahan susulan penemuan senjata api simpan sebagai koleksi di bengkel
Mekanik ditahan susulan penemuan senjata api simpan sebagai koleksi di bengkel

ALOR SETAR: Seorang mekanik pengusaha bengkel di daerah Baling ditahan polis kerana memiliki lima senjata api termasuk sepucuk pistol tiruan.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah, berkata lelaki tempatan berusia 45 tahun itu ditahan pada 1 Mei lalu jam 12.30 tengah malam oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah di bengkel berkenaan.
Dalam serbuan itu, polis merampas sepucuk pistol jenama Colt UTC/TIC Caliber 45 berserta kelopak kosong; sepucuk pistol jenama Forjas Taurus S.A PT 24/7 CAL 9 bersama kelopak mengandungi dua butir peluru 9 mm luger.
“Turut dirampas, dua laras senapang angin warna hitam berhulu kayu coklat; satu kotak warna hitam mengandungi 17 butir peluru hidup jenis 0.45 USA auto.
“Selain itu, polis turut merampas sepucuk pistol tiruan hitam bertulis NO WET 5168 Made in Taiwan berserta kelopak kosong, 130 biji bebola besi, sebuah pemampat angin dan satu sarung pistol warna hitam,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gelombang Anak Muda Semakin Meningkat, Bersama Bina Masa Depan – Azman Azeez
- ADUN UMNO/BN Negeri Sembilan Junjung Adat Dan Pertahankan Perlembagaan Negeri
- Mempertahankan Parti Di Media Sosial Tuntut Keberanian dan Kredibiliti – Nurul Hidayah
Perkukuh Gerak Kerja Seiring Semangat 80 Tahun Perjuangan UMNO – Norshida
Adzli berkata, saringan ujian awal air kencing mendapati, suspek juga didapati positif dadah jenis Methampetamine.
Siasatan mendapati, suspek memperoleh senjata api dan peluru itu sejak awal tahun 2025 daripada kenalannya di negara jiran yang dibawa masuk melalui sempadan Pengkalan Hulu, Perak.
Katanya, senjata api ini dibeli dengan harga sekitar RM1,300 hingga RM1,500 dan soal siasat mendapati suspek mengaku ia hanya sebagai koleksi.
“Dua laras senapang angin itu pula adalah buatan sendiri oleh suspek yang mengambil masa selama tiga bulan untuk disiapkan.
Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) 1971 kerana disyaki berdagang senjata api dan jika disabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan sebatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina Tegaskan Kepentingan Platform Digital, Depani Landskap Politik
- Konvensyen 80 Tahun UMNO Perkukuh Perpaduan Dan Hala Tuju Parti
- Terus Perkasa Penyertaan Wanita, Depani Kekangan Politik
Isu Negeri Sembilan: UMNO Pilih Tindakan Berprinsip, Pertahan Perlembagaan Dan Institusi Raja
Beliau berkata, siasatan turut dilakukan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 kerana disyaki memiliki perlu tanpa suatu lesen atau permit yang sah dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10, 000 atau kedua-duanya sekali.
Beliau berkata, suspek direman lapan hari di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah hingga Khamis ini (7 Mei) untuk membantu siasatan.
Mekanik ditahan susulan penemuan senjata api simpan sebagai koleksi di bengkel
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Ke-80: Pasak Kukuh, Landasan Jelas Jadi Teras Masa Depan – Mohamad Alamin
- BKJ Fasa Keempat Cermin Komitmen Berterusan Kerajaan Negeri Johor – Md Israk
- Cadangan Pisahkan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya Diperhalusi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerajaan Perpaduan Kekal Utuh di Negeri Sembilan, Elak Polemik Politik
You must be logged in to post a comment.