Iklan durian percuma tiada unsur penipuan – KPDN
Iklan durian percuma tiada unsur penipuan – KPDN

KOTA BHARU: Pemeriksaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan terhadap isu ‘durian percuma’ yang diiklankan sebuah premis i Bulatan Cempaka di sini mendapati tiada unsur penipuan.
Iklan durian percuma itu tular di media sosial dan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.
Pengarah KPDN Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf, berkata hasil pemeriksaan mendapati tiada iklan yang mengelirukan dalam penjualan durian di premis itu.
Beliau berkata pemeriksaan dibuat susulan terdapat aduan tular yang mendakwa premis berkenaan mengelirukan pengguna menerusi promosi durian percuma yang dipaparkan pada papan iklan.
“Hasil pemeriksaan awal mendapati tanda harga dipamerkan adalah jelas dan harga yang dikenakan kepada pengguna juga selaras dengan harga yang dipamerkan di premis itu.
“Semakan ke atas alat timbang yang digunakan juga mendapati peralatan berkenaan masih sah diperakukan dan mempunyai tempoh pengesahan sehingga 2 Jun tahun depan,” katanya di sini, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dakwaan ADUN BN Negeri Sembilan ‘Tebuk Atap’ Hanya Cubaan Alih Perhatian Rakyat
- PTPTN Terus Prihatin, RM60.1 Juta Disalur Untuk Persediaan Awal Pelajar – Norliza
- Kestabilan Negara Ditentukan Oleh Kebijaksanaan Mentadbir Masyarakat Majmuk
UMNO Terus Sokong Kerajaan Perpaduan, Pertahan Hak Parti Tentukan Hala Tuju PRN
Beliau berkata, ketika pemeriksaan, pihak premis juga mengambil tindakan segera dengan memperjelaskan mesej pada papan iklan yang memaparkan kenyataan ‘durian percuma jika rasa di sini sahaja, untuk isteri rasa di rumah kena bayar’.
Katanya, hasil siasatan turut mendapati pelanggan sememangnya dibenarkan menikmati atau merasai durian di premis berkenaan secara percuma tanpa dikenakan bayaran.
“Namun, KPDN memberikan peringatan serta amaran kepada pengusaha premis supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan memastikan sebarang bentuk promosi tidak menimbulkan kekeliruan atau memanipulasi dalam kalangan pengguna.
“Selain itu, premis berkenaan turut diingatkan supaya memastikan tanda harga sentiasa dikemas kini dan dipamerkan dengan jelas, tepat serta mudah difahami oleh pengguna bagi setiap barang yang dijual,” katanya.
Iklan durian percuma tiada unsur penipuan – KPDN
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ketua UMNO Putatan Hargai Lawatan GiatMARA Ke Projek PPRS Atas Air Pertama
- PRN Johor: Onn Hafiz Seru Kempen Berhemah, Rakyat Diminta Nilai Rekod Parti
- Jalaluddin Fokus Untuk Rakyat, Santuni Kepimpinan Masjid Dan Tangani Aduan Penduduk
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bantuan Persekolahan Ringankan Beban Keluarga, Suntik Semangat Pelajar
You must be logged in to post a comment.