Penganggur warga Myanmar didakwa bunuh bekas isteri
Penganggur warga Myanmar didakwa bunuh bekas isteri

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur warga Myanmar didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bekas isterinya di hadapan sebuah blok kondominium di Setapak, bulan lalu.
Aung Tun Ngwa, 26, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Aung didakwa membunuh Merry Yet Ngwa, 33, yang juga warga Myanmar di hadapan blok 1, Kondominium Genting Court, Taman Setapak Indah Jaya, dekat sini, pada 2.30 petang, 23 April lalu.
Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun serta minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gelombang Anak Muda Semakin Meningkat, Bersama Bina Masa Depan – Azman Azeez
- ADUN UMNO/BN Negeri Sembilan Junjung Adat Dan Pertahankan Perlembagaan Negeri
- Mempertahankan Parti Di Media Sosial Tuntut Keberanian dan Kredibiliti – Nurul Hidayah
Perkukuh Gerak Kerja Seiring Semangat 80 Tahun Perjuangan UMNO – Norshida
Mahkamah menetapkan 31 Julai untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor M Naresh Kumar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Pada 24 April lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus dilapor berkata pihaknya menerima maklumat seorang wanita warga Myanmar maut dipercayai akibat ditikam oleh bekas suaminya dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa akibat kecederaan tikaman di bahagian dada.
Penganggur warga Myanmar didakwa bunuh bekas isteri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Ke-80: Pasak Kukuh, Landasan Jelas Jadi Teras Masa Depan – Mohamad Alamin
- BKJ Fasa Keempat Cermin Komitmen Berterusan Kerajaan Negeri Johor – Md Israk
- Cadangan Pisahkan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya Diperhalusi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerajaan Perpaduan Kekal Utuh di Negeri Sembilan, Elak Polemik Politik
You must be logged in to post a comment.