Pearly-Thinaah wajah baharu U Mobile

Pearly-Thinaah wajah baharu U Mobile

Pearly-Thinaah wajah baharu U Mobile
PEARLY-THINAAH kini ikon U Mobile. -FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Beregu wanita nombor dua dunia, Pearly Tan-M Thinaah, terus mengorak langkah dalam karier profesional selepas dilantik sebagai duta rasmi jenama rangkaian perkhidmatan telekomunikasi U Mobile.

Pelantikan pasangan utama negara itu dibuat ketika pelancaran perkhidmatan ULTRA5G dengan Pearly-Thinaah dipilih sebagai wajah utama bagi pelan pascabayar ULTRA family 128.

Sebagai antara tonggak utama badminton negara yang kerap menjelajah ke pelbagai kejohanan antarabangsa, kerjasama itu dilihat selari dengan keperluan gaya hidup serta tuntutan profesional mereka yang memerlukan hubungan digital lancar di dalam dan luar negara.

Menurut Pearly, jadual padat sepanjang tahun menjadikan akses komunikasi tanpa gangguan sebagai elemen penting dalam rutin hariannya.

“Kami hampir sepanjang tahun berada di luar negara untuk kejohanan dan latihan, jadi kekal berhubung sebaik tiba di destinasi sangat penting, terutama untuk semak jadual, urusan pasukan serta berhubung dengan keluarga,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perkukuh Gerak Kerja Seiring Semangat 80 Tahun Perjuangan UMNO – Norshida


Sementara itu, Thinaah menegaskan bahawa kemudahan hubungan global tanpa perlu menukar pelan atau kad SIM memberi kelebihan besar kepada mereka.

“Ia memudahkan kami agar lebih folus sepenuhnya kepada persiapan dan aksi di gelanggang,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Perniagaan Konsumer U Mobile, Navin Manian, berkata pemilihan Pearly-Thinaah mencerminkan aspirasi syarikat untuk bergerak seiring dengan ikon sukan negara yang membawa nama Malaysia ke pentas dunia.

“Badminton adalah nadi rakyat Malaysia dan Pearly-Thinaah adalah pilihan paling tepat untuk mewakili semangat Malaysia sekali gus membawa nama negara ke peringkat pentas dunia,” katanya.

Pearly-Thinaah wajah baharu U Mobile

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerajaan Perpaduan Kekal Utuh di Negeri Sembilan, Elak Polemik Politik

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker