Ronaldo tambah koleksi kereta mewah berharga RM5.2 juta

Ronaldo tambah koleksi kereta mewah berharga RM5.2 juta

Ronaldo tambah koleksi kereta mewah berharga RM5.2 juta
RONALDO dan Al-Nassr kini dalam misi memburu kejuaraan Liga Pro Saudi. FOTO Reuters

London: Cristiano Ronaldo kembali menjadi perhatian di luar padang dan kali ini ia berkaitan pembelian mewah yang mengesahkan statusnya sebagai antara atlet terkaya dunia.

Bintang Portugal itu bukan sahaja terkenal dengan koleksi 971 gol, tetapi juga koleksi kereta mewah. Kini, dia menambah sebuah kenderaan khas bernilai kira-kira AS$1.32 juta (RM5.2 juta) ke dalam koleksi peribadinya yang dianggap antara paling eksklusif di dunia.

Kenderaan tersebut ialah Mercedes-AMG G63 Cabriolet yang telah diubah suai. Model terbabit sangat terhad, hanya 20 unit dihasilkan di seluruh dunia dan disesuaikan khas untuk Ronaldo oleh Refined Marques, menurut laporan Athlon Sports.

Ia merupakan SUV jenis convertible dengan bumbung lembut, sesuatu yang jarang untuk kenderaan berat dan dilengkapi pintu belakang yang terbuka ke arah bertentangan bagi memudahkan akses.

Tambahan pula, terdapat beberapa perincian unik yang menjadikannya lebih istimewa untuk Ronaldo. Ia dicat dengan warna kuning dan biru, warna rasmi Al Nassr, dan bahagian ambang pintu dihiasi plak khas dengan tandatangan serta nombor jersinya “CR7”.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perkukuh Gerak Kerja Seiring Semangat 80 Tahun Perjuangan UMNO – Norshida


Walaupun model G-Wagon standard sudah pun mewah, versi itu dianggarkan bernilai sekitar AS$1.32 juta.

Pembelian ini tidak mengejutkan memandangkan kekuatan kewangan Ronaldo. Selepas karier gemilang bersama kelab seperti Manchester United dan Real Madrid, di mana dia memenangi pelbagai kejuaraan, kontrak lumayan bersama Al Nassr serta jenama peribadinya “CR7” dilaporkan meningkatkan nilai bersihnya kepada sekitar AS$1.4 bilion (RM5.4 bilion).

Kenderaan baharu ini menyertai garaj lagendanya yang sudah pun menampilkan jenama seperti Bugatti, Ferrari dan Lamborghini.

Namun, model ini bukan sekadar simbol status, tetapi juga mencerminkan peranannya kini di Arab Saudi bersama kelabnya.

Sementara itu, Al Nassr (di tangga pertama dengan 79 mata) memegang nasib sendiri untuk menjulang kejuaraan liga Arab Saudi.

Mereka hanya perlu memenangi dua perlawanan lagi untuk dinobatkan sebagai juara, termasuk satu perlawanan penting menentang seteru utama mereka, Al Hilal (di tempat kedua dengan 74 mata dan satu perlawanan dalam tangan).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Isu Negeri Sembilan: UMNO Pilih Tindakan Berprinsip, Pertahan Perlembagaan Dan Institusi Raja



Pada Khamis mereka akan menentang Al-Shabab di Stadium King Fahd. Manakala pada Selasa, 12 Mei, mereka akan melayan kunjungan Al Hilal di laman sendiri.

Ronaldo tambah koleksi kereta mewah berharga RM5.2 juta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerajaan Perpaduan Kekal Utuh di Negeri Sembilan, Elak Polemik Politik

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker