Saka pacu Arsenal ke final UCL selepas 20 tahun
Saka pacu Arsenal ke final UCL selepas 20 tahun

London: Arsenal melangkah ke final Liga Juara-Juara (UCL) buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun selepas jaringan Bukayo Saka memastikan kemenangan 1-0 ke atas Atletico Madrid, awal pagi tadi.
Anak buah Mikel Arteta menamatkan aksi separuh akhir timbal balik kedua itu menerusi jaringan Saka pada lewat babak pertama di Stadium Emirates yang bergema dengan sorakan penyokong.
Selepas seri 1-1 pada aksi pertama di Madrid minggu lalu, The Gunners kekal tenang mempertahankan kelebihan untuk mara dengan agregat 2-1.
Arsenal kini menanti sama ada Paris Saint-Germain (PSG) atau Bayern Munich pada final di Budapest, 31 Mei ini.
Penyandang juara, PSG yang menewaskan Arsenal di separuh akhir musim lalu, kini mendahului 5-4 menjelang aksi timbal balik kedua di Munich.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gelombang Anak Muda Semakin Meningkat, Bersama Bina Masa Depan – Azman Azeez
- ADUN UMNO/BN Negeri Sembilan Junjung Adat Dan Pertahankan Perlembagaan Negeri
- Mempertahankan Parti Di Media Sosial Tuntut Keberanian dan Kredibiliti – Nurul Hidayah
Perkukuh Gerak Kerja Seiring Semangat 80 Tahun Perjuangan UMNO – Norshida
Ia malam penuh emosi buat Arsenal yang kembali ke final buat kali pertama sejak tewas 1-2 kepada Barcelona pada penampilan sulung mereka di pentas akhir pada 2006.
Arsenal masih belum pernah menjulang trofi Liga Juara-Juara, dengan dua kejayaan utama Eropah mereka hadir menerusi Cup Winners’ Cup 1994 dan Inter-Cities Fairs Cup 1970.
Final Eropah terakhir mereka pula berakhir dengan kekalahan 1-4 kepada Chelsea pada Liga Europa 2019.
Musim ini berpotensi menjadi yang terbaik dalam sejarah Arsenal apabila mereka memburu gelaran berganda iaitu Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara.
Malah, skuad ‘Invincibles’ kendalian Arsene Wenger yang menjuarai liga tanpa kalah pada 2004 mungkin terpaksa akur jika generasi kali ini menamatkan misi mereka dengan lebih unggul.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina Tegaskan Kepentingan Platform Digital, Depani Landskap Politik
- Konvensyen 80 Tahun UMNO Perkukuh Perpaduan Dan Hala Tuju Parti
- Terus Perkasa Penyertaan Wanita, Depani Kekangan Politik
Isu Negeri Sembilan: UMNO Pilih Tindakan Berprinsip, Pertahan Perlembagaan Dan Institusi Raja
Seperti sudah tertulis, Saka – simbol produk akademi era Arteta – muncul wira kemenangan Arsenal.
Kini hanya empat perlawanan memisahkan mereka daripada sejarah, Arsenal turut mendapat tonik tambahan dalam perebutan kejuaraan liga selepas Manchester City seri dengan Everton, semalam.
The Gunners akan dinobatkan juara jika menang baki tiga perlawanan menentang West Ham United, Burnley dan Crystal Palace.
Selepas misi domestik selesai, Arsenal akan terbang ke Hungary dengan impian menjulang trofi Liga Juara-Juara pertama mereka.
Sebelum ini, Arsenal menjadi sasaran kritikan susulan empat kekalahan dalam enam perlawanan yang mencetuskan keraguan terhadap kekuatan mental mereka.
Namun, gelaran ‘hampir berjaya’ dan ‘mudah gugup’ yang menghantui mereka kini hampir lenyap sepenuhnya.
Saka pacu Arsenal ke final UCL selepas 20 tahun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Ke-80: Pasak Kukuh, Landasan Jelas Jadi Teras Masa Depan – Mohamad Alamin
- BKJ Fasa Keempat Cermin Komitmen Berterusan Kerajaan Negeri Johor – Md Israk
- Cadangan Pisahkan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya Diperhalusi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerajaan Perpaduan Kekal Utuh di Negeri Sembilan, Elak Polemik Politik
You must be logged in to post a comment.