Kecoh wanita pakai duit palsu beli-belah di pasar

Kecoh wanita pakai duit palsu beli-belah di pasar

Kecoh wanita pakai duit palsu beli-belah di pasar
Suspek ditangkap selepas kegiatannya disedari. – Suara Data

JAKARTA – Seorang wanita di Tuban, wilayah Jawa Timur ditangkap selepas menggunakan wang palsu ketika membeli barangan daripada sejumlah penjual di sebuah pasar, lapor laman berita Detik.

Kejadian berlaku Sabtu lalu sekitar pukul 8 pagi (waktu tempatan).

Dalam video tular di media sosial, suspek yang berbaju ungu dikerumuni orang ramai dan sejumlah peniaga yang ditipu.

Kegiatannya itu disedari oleh salah seorang peniaga yang mendapati adanya ciri aneh pada duit kertas yang diterima.

Dia kemudian menyoal suspek sebelum kekecohan tercetus ketika orang ramai dan beberapa peniaga lain turut sama mengerumuni wanita tersebut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perkukuh Gerak Kerja Seiring Semangat 80 Tahun Perjuangan UMNO – Norshida


Ketua Polis Grabagan, AKP Sampir Santoso berkata, berdasarkan siasatan awal, suspek disyaki membawa wang palsu berjumlah jutaan rupiah.

Katanya, sebahagian daripada wang tersebut telah dibelanjakan dengan penjual pasar untuk mendapatkan baki wang yang tulen.

“Suspek ditangkap selepas didakwa mengedarkan wang palsu bernilai 3 juta rupiah (RM682) di samping 2.3 juta rupiah (RM523) yang masih berada di dalam begnya,” jelas Sampir.

Tambah beliau, selain merampas baki wang palsu, polis turut merampas baki wang yang diperoleh pelaku daripada penjual.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Isu Negeri Sembilan: UMNO Pilih Tindakan Berprinsip, Pertahan Perlembagaan Dan Institusi Raja



“Turut dirampas adalah wang tunai 102,000 rupiah (RM23) daripada pertukaran (baki wang) dnegan peniaga,” kata Sampir.

Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Tuban untuk siasatan lanjut bagi mendedahkan asal usul wang palsu tersebut. – AGENSI

Kecoh wanita pakai duit palsu beli-belah di pasar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerajaan Perpaduan Kekal Utuh di Negeri Sembilan, Elak Polemik Politik

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker