Penduduk tangkap buaya pakai tombak

Penduduk tangkap buaya pakai tombak

Penduduk tangkap buaya pakai tombak
Seorang penduduk cuba menyerang buaya menggunakan tombak ketika reptilia itu naik ke darat. – Istimewa

JAKARTA – Seorang lelaki bertindak berani dengan menggunakan tombak dalam percubaannya menangkap buaya yang mengganas di sebuah kampung di Polewali Mandar, wilayah Sulawesi Barat, lapor laman berita Detik.

Reptilia itu diburu pihak berkuasa tempatan selepas ia menyerang empat orang penduduk yang melakukan aktiviti di Sungai Mandar sepanjang bulan lalu.

“Ia adalah salah satu ikhtiar penduduk untuk menangkap buaya,” kata Ketua Kampung Tinambung, Ali Sadikin.

Tambahnya, keberadaan buaya di sungai tersebut semakin meresahkan penduduk, membuatkan mereka mencuba pelbagai cara untuk menangkapnya.

“Sehingga hari ini, kami masih berusaha menangkap buaya termasuk menggunakan sangkar dan joran, tetapi masih belum menangkapnya,” kata Ali.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perkukuh Gerak Kerja Seiring Semangat 80 Tahun Perjuangan UMNO – Norshida


Tambahnya, beberapa anggota Kor Briged Bergerak (Brimob) Polis Wilayah Sulawesi Barat turut mengambil bahagian dalam membantu penduduk menangkap buaya di Sungai Mandar.

Wakil dari Pusat Pengurusan Marin Denpasar untuk wilayah Sulawesi Barat, Nuralim menggesa kerajaan tempatan untuk membentuk pasukan petugas bagi menangani buaya itu.

Beliau menyatakan bahawa buaya itu boleh dibunuh kerana ia menimbulkan bahaya keselamatan kepada penduduk. – AGENSI

Penduduk tangkap buaya pakai tombak


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerajaan Perpaduan Kekal Utuh di Negeri Sembilan, Elak Polemik Politik

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker