Fahami tiga konsep asas Perlembagaan elak konflik gugat keharmonian

Fahami tiga konsep asas Perlembagaan elak konflik gugat keharmonian. Acap kali isu berkaitan Perlembagaaan dibangkitkan tidak kira sama ada melalui media massa mahupun perbincangan awam.

Antara kerap dipersoalkan seperti kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa Melayu, Islam dan institusi beraja.

Justeru, tiga konsep asas tulang belakang kepada Perlembagaan iaitu kontrak sosial, konvensyen Perlembagaan dan diskriminasi perlindungan wajar difahami bagi mengelakkan konflik yang boleh mengugat keharmonian negara.

Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Jaringan), Pusat Pengajian Citra, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Nazri Muslim menjelaskan, kontrak sosial adalah persetujuan yang tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sewaktu penggubalan Perlembagaan 1957.

Orang bukan Melayu menerima kedudukan istimewa orang Melayu, Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan pengekalan institusi beraja serta sebagai balasan atas kesanggupan orang Melayu menerima bukan Melayu sebagai warganegara yang mempunyai hak seperti mengundi dan seumpamanya.

Katanya, perubahan atau penolakan kontrak sosial tentulah akan menyebabkan situasi kehidupan masyarakat Malaysia tidak begitu harmoni.

“Kegagalan melaksanakan kontrak sosial dalam kalangan rakyat adalah punca kepada konflik di beberapa negara dunia.

Untung nasib MP perlu bincang di Dewan Tertinggi BN

“Begitu juga dengan kecenderungan rakyat negara ini yang semakin hilang sifat tolak ansur menyebabkan wujud pemisahan masyarakat mengikut etnik dan agama,” katanya menulis di Berita Harian.

Mengulas lanjut, beliau berkata, konvensyen Perlembagaan pula adalah suatu amalan bukan undang-undang dan lebih mirip kepada etika politik dan tidak boleh dikuat kuasa oleh mahkamah.

Katanya, walaupun konvensyen Perlembagaan ini sangat penting, jika amalan ini tidak dipatuhi, maka tidak boleh dibawa perkara ini ke mahkamah untuk dipatuhi dan dilaksanakan bahkan akan menyebabkan sukar bagi sesuatu Perlembagaan itu hendak berjalan dengan lancar.

“Konvensyen Perlembagaan mempunyai peranan yang penting dalam sistem politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Konvensyen ini berasaskan keperluan politik kerana jika tidak dipatuhi akan berlaku kegawatan politik yang tidak diingini.

“Jika tidak dipatuhi, mereka yang melanggarnya akan terdedah kepada persepsi negatif orang ramai dan boleh menyebabkan hilang kepercayaan,” katanya.

Katanya lagi, bagi sesebuah negara yang bersifat pelbagai etnik, adalah sesuatu yang biasa kepada mana-mana Perlembagaan memperuntukkan konsep diskriminasi perlindungan sebagai satu peruntukan penting dan diiktiraf.

“Melalui diskriminasi perlindungan ini, undang-undang memberi perlindungan dan hak istimewa kepada golongan atau etnik sesebuah negara dan dalam masa sama tidak menafikan peluang terhadap kumpulan atau etnik lain.

“Peruntukan ini disediakan untuk membantu sesuatu etnik dalam beberapa aspek kehidupan seperti perkhidmatan awam, ekonomi, pendidikan dan sebagainya,” katanya

Fahami tiga konsep asas Perlembagaan elak konflik gugat keharmonian


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Zahid sifatkan perjuangan sebenar adalah untuk rakyat dan negara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker