Untung nasib MP perlu bincang di Dewan Tertinggi BN

Untung nasib MP perlu bincang di Dewan Tertinggi BN. Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mencadangkan semua ahli Parlimen parti itu yang belum mematuhi arahan menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN), agar tidak diambil tindakan disiplin termasuk dipecat parti dengan serta-merta.

Sebaliknya, Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berpandangan, UMNO perlu memberi ruang kepada ahli-ahli Parlimen berkenaan untuk mengadakan mesyuarat rasmi bersama Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) dalam masa terdekat bagi mendapatkan konsensus persetujuan terhadap pendirian terkini UMNO.

Jelas beliau, hal ini disebabkan ahli-ahli Parlimen UMNO bertanding pada setiap pilihan raya umum atas tiket BN dan sebarang ketetapan UMNO selaku parti komponen dalam koalisi itu, perlu mendapat persetujuan Dewan Tertinggi BN untuk dipatuhi ahli-ahli Parlimen.

“Apabila UMNO membuat keputusan menarik sokongan terhadap PN, keputusan itu tiada masalah dan semua ahli UMNO kena akur.

“Namun kita kena faham, apabila semua ahli Parlimen UMNO bertanding atas tiket BN, bila UMNO membuat satu ketetapan besar melibatkan ahli-ahli Parlimen UMNO yang berada dalam koalisi BN.

“Maka Pengerusi BN perlu memanggil semua ahli Parlimen BN untuk mengadakan mesyuarat bersama Dewan Tertinggi BN bagi membincangkan sama ada ketetapan UMNO itu dipersetujui parti-parti komponen BN atau tidak,” katanya kepada Sinar Premium pada Ahad.

Pada Jumaat lalu, lebih 27 ahli Parlimen UMNO dan BN menyatakan pendirian untuk terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain itu kesemua ahli Parlimen tersenarai bersetuju agar usul percaya dibentang dan dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat, September ini.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO menyatakan pendirian itu selepas UMNO melancarkan gerakan untuk menjatuhkan kerajaan PN dengan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa 38 ahli Parlimennya menarik sokongan terhadap Muhyiddin ketika ini.

Kegilaan tahap maksimum benarkan kuarantin di rumah

Ahmad Zahid dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 3 Ogos lalu mendedahkan beliau sudah mempersembahkan angka sokongan ahli Parlimen UMNO mencukupi kepada Yang di-Pertuan Agong, bagi memastikan Muhyiddin hilang majoriti.

Bagaimanapun, Muhyiddin atau lebih mesra dikenali ‘Abah’ menegaskan beliau masih memiliki sokongan majoriti ahli Parlimen.

Beliau turut menerima perkenan Istana Negara untuk menentukan keabsahan sokongan 220 ahli Parlimen terhadap beliau pada sidang Dewan Rakyat, bulan September ini.

Tambah Armand lagi, sebagai seorang pemimpin muda UMNO yang berpegang dengan konsep kepimpinan progresif dan dinamik, beliau lebih gemar memainkan naratif penyatuan dengan menyeru UMNO membawa ketetapan parti itu untuk dibincangkan dalam Dewan Tertinggi BN serta-merta terlebih dahulu, sebelum langkah susulan diambil.

Jelas beliau, sehingga satu mesyuarat khas diadakan Dewan Tertinggi BN bagi membincangkan ketetapan terkini UMNO, semua pihak harus bertenang dan tidak membuat sebarang keputusan merugikan parti serta koalisi BN sendiri.

“Selagi Dewan Tertinggi BN belum bersidang, saya harap UMNO jangan mengambil sebarang tindakan terhadap ahli-ahli Parlimen parti itu yang belum mematuhi arahan parti.

“Biar semua ahli Parlimen BN dan parti komponen termasuk MIC, MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) berbincang dengan UMNO terlebih dahulu.

“Bila ada konsensus dicapai, barulah keputusan dibuat oleh Dewan Tertinggi BN dianggap muktamad dan tidak boleh dipertikaikan mana-mana ahli Parlimen koalisi itu.

Untuk rekod, jumlah keseluruhan ahli Parlimen BN adalah 42 orang dengan 38 daripadanya terdiri ahli Parlimen UMNO, dua ahli Parlimen mewakili MCA, seorang MIC dan seorang lagi PBRS.

Seorang lagi ahli Parlimen UMNO, Allahyarham Datuk Hasbullah Osman mengosongkan kerusi Parlimen Gerik susulan meninggal dunia pada tahun lalu.

Untung nasib MP perlu bincang di Dewan Tertinggi BN


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib kata soalan beliau bulan Mei pun Kerajaan gagal jawab

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker