Wanita OKU maut dikelar, suami ditahan

Sebaran :

Wanita OKU maut dikelar, suami ditahan

KAMPAR: Seorang wanita warga emas kurang upaya (OKU) berusia 74 tahun ditemui maut dipercayai dikelar di sebuah rumah di Taman Desa Cahaya Gopeng dekat sini hari ini.

Mayat wanita berkenaan ditemui dalam keadaan terbaring di atas katil di tingkat bawah rumahnya yang dihuni bersama suaminya yang berusia 72 tahun.

Ketua Polis Daerah Kampar Hasron Nazri Hashim berkata, kejadian hanya diketahui cucu pasangan itu setelah dihubungi suspek melalui panggilan telefon pada jam 7.30 pagi.

Hasron berkata, cucu lelaki mangsa bersama ibu dan adiknya kemudian pergi rumah berkenaan dan mendapati neneknya terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas katil.

“Terdapat kesan kelar pada leher mangsa selain menemui sebilah pisau di tepi mayat yang dipercayai digunakan semasa kejadian,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, suami mangsa berusia 72 ditahan bagi membantu siasatan.

Hasron berkata, mangsa yang juga OKU mengalami lumpuh separuh badan kerana menghidap strok selain mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

“Suspek pula menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi, selain perlu berjalan menggunakan tongkat.

“Mangsa hanya tinggal berdua bersama suaminya dan pemeriksaan mendapati tiada kesan pecah masuk di tempat kejadian,” katanya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Hasron berkata, kali terakhir anak perempuan mangsa menemui ibunya di rumah tersebut pada jam 8 malam semalam dan tiada perkara yang mencurigakan berlaku.

Katanya, cucu pasangan itu juga memberitahu, ketika dia sampai di rumah tersebut, suspek yang ditemui di pintu bilik ada mengatakan yang dia juga mahu mati.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk bedah siasat dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian.

“Polis juga telah merampas senjata yang digunakan dalam kejadian itu dan menahan suspek untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. FMT

Wanita OKU maut dikelar, suami ditahan

Nak tahu siapa Nazri sebenar, baca kenyataan lalunya – Najib


Sebaran :

Leave a Reply