Dalam 10 hari pinjam RM10 bilion – Najib

10 hari pinjam RM10 bilion – Najib

Kenapa ‘laju-laju’ ambil pinjaman RM11.5 bilion dalam 10 hari’, Najib soal Putrajaya

Bekas Perdana Menteri, Najib Razak mempersoalkan tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengambil pinjaman RM11.5 bilion dalam tempoh 10 hari.



Beliau mendakwa pinjaman itu diambil oleh Putrajaya dalam keadaan tergesa-gesa.

“Mereka sedang pinjam duit laju-laju macam dah dekat kiamat sahaja. 27 Julai, pinjam RM5.5 bilion, 3 Ogos pinjam RM4 bilion dan 9 Ogos pinjam RM2 bilion.

“Kerajaan PN pinjam RM11.5 bilion dalam tempoh 10 hari kerja lepas sahaja. Kenapa tergesa-gesa sangat meminjam?” soalnya.

Beliau turut memuat naik tangkap layar Forthcoming Auction Details menerusi laman web Bank Negara Malaysia (BNM).




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Katanya, pinjaman itu akan dibayar balik kerajaan pada 2030 dan 2050.

Selain itu, dalam catatan dikongsikan semalam, Najib turut menyindir kerajaan PN bahawa semakin hilang keabsahan, “makin laju dan makin besar jumlah dipinjam”.



“Harga durian melambung naik ke apa?” soalnya menerusi komennya di Facebook semalam.

Dakwanya, lebih RM160 bilion dana sudah dipinjam, dijual dan dikorek kerajaan PN sejak awal tahun ini.

“Tapi rakyat dapat sikit sahaja. Pencapaian ke laut.” FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

10 hari pinjam RM10 bilion – Najib

Nak tahu siapa Nazri sebenar, baca kenyataan lalunya – Najib



Dalam 10 hari pinjam RM10 bilion – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker