Persatuan Ulama’ Malaysia beri teguran homartilah titah Raja-Raja Melayu

Sebaran :

Persatuan Ulama’ Malaysia beri teguran homartilah titah Raja-Raja Melayu. Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) menyeru seluruh rakyat Malaysia terutama para pemimpin parti politik supaya menghormati titah Raja-Raja Melayu demi kestabilan pentadbiran negara.

Yang Dipertua PUM, Datuk Abdul Halim Abdul Kadir berkata, seruan tersebut dibuat setelah pihaknya merujuk kepada beberapa laporan media mengenai titah nasihat sultan negeri-negeri yang memberikan pandangan terhadap keadaan semasa politik di tanah air.

“Antaranya adalah Sultan Johor yang menzahirkan rasa kecewa baginda terhadap pemimpin parti politik yang sentiasa memberikan tekanan untuk merebut kuasa dengan cara yang sedikit sebanyak mengganggu pentadbiran kerajaan.

“Pemangku Raja Pahang juga turut menzahirkan perkara yang hampir sama di mana sekarang ini bukanlah masa yang sesuai untuk berebut kuasa dan bersengketa sesama sendiri ketika negara sedang bergelut dengan pandemik covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Halim berkata, rakyat sudah bosan dengan gelagat para pemimpin politik yang saban hari memikirkan untuk melakukan tindakan untuk mendapatkan kuasa, dengan pelbagai cara termasuk ada yang menarik sokongan kepada Perdana Menteri dan seumpamanya.

Katanya lagi, perlu diingatkan agar setiap tindakan yang dilakukan mestilah selaras dengan undang-undang yang ada.

“Seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa Perdana Menteri telah secara terbuka menyatakan akan melakukan undi percaya di parlimen pada bulan September nanti. Jadi kenapa perlu untuk mendesak sedangkan komitmen telah dinyatakan dengan jelas.

“Hormatilah ruang yang diberikan di mana Perdana Menteri yang begitu terbuka menyatakan untuk mendapatkan keabsahan sokongan terhadapnya ditentukan di Parlimen,” katanya.

Persatuan Ulama’ Malaysia beri teguran homartilah titah Raja-Raja Melayu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Netizen puji Rahim pakai PPE bantu Shuib


Sebaran :

Leave a Reply