Fenomena hujan meteor di Malaysia malam ini

Sebaran :

Fenomena hujan meteor di Malaysia malam ini

Orang ramai dijangka dapat melihat fenomena angkasa yang dikenali sebagai Hujan Meteor Perseids yang berlaku setiap tahun di mana kemuncak fenomena itu akan berlaku lewat malam 12 Ogos hingga awal pagi 13 Ogos 2021.

Agensi Angkasa Malaysia berkata, fenomena berkenaan bermula pada 17 Julai hingga 24 Ogos dan kemuncaknya dijangka pada malam ini.

“Semasa kemuncak fenomena itu berlaku, dijangka secara purata sekitar 60 hingga 100 meteor sejam dan boleh mencecah sehingga 150 meteor sejam.

“Pancuran Meteor Perseids selalunya bersinar dengan terang dan mudah dilihat sekiranya cuaca baik. Anda boleh menyaksikan fenomena itu hanya dengan menggunakan mata kasar dari lokasi yang gelap dan bebas dari pencemaran cahaya,” katanya.

Nama Perseids adalah merujuk kepada titik kemunculan pancuran meteor di langit iaitu di kawasan buruj Perseus.

Pancuran Meteor Perseids berlaku setiap tahun apabila bumi beredar mengelilingi matahari merentasi laluan orbit komet Swift-Tuttle.

Komet Swift-Tuttle dianggarkan mempunyai nukleus yang berdiameter sebesar 26 kilometer dan mengambil masa selama 133 tahun untuk melengkapkan orbitnya.

Orang ramai juga boleh menyaksikan cerapan fenomena itu secara langsung di Dark Sky Malaysia malam ini pada pukul 8.00 malam. K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Fenomena hujan meteor di Malaysia malam ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya tak maki Sanusi pun kena juga – Shahanim


Sebaran :

Leave a Reply