NGO mohon Pengampunan Diraja, mahu Najib Razak jadi PM Interim [VIDEO]

NGO mohon Pengampunan Diraja, mahu Najib Razak jadi PM Interim

Pertubuhan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM) menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong memohon Pengampunan Diraja diberikan kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sekali gus melantiknya sebagai Perdana Menteri Interim.

Presidennya, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz berkata, pelantikan Ahli Parlimen Pekan itu menepati kriteria sebagai Perdana Menteri Interim untuk menyelamatkan negara dari kemelut politik dan pandemik ketika ini.



“Bagi saya beliau (Najib) mempunyai dua kriteria, mempunyai kepercayaan daripada Tuanku dan pengalaman beliau sebagai bekas perdana menteri untuk mentadbir negara.



“Saya lihat kebanyakan rakyat ingin beliau kembali mentadbir negara, dengan itu saya mohon jika mungkin di mata Tuanku ada kekhilafan yang berlaku saya mohon ia dapat dimaafkan,” katanya selepas menyerahkan memorandum tersebut di Istana Negara, di sini pada Jumaat.

Katanya lagi, Najib telah secara konsisten memberikan nasihat dan cadangan kepada kerajaan bagaimana untuk menguruskan ekonomi dan kebajikan rakyat sejak pandemik melanda.

Pada 7 Julai 2020 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Beliau ketika ini sedang mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung sabitan kes berhubung keputusan tersebut.

Najib juga berdepan perbicaraan lain melibatkan dana 1MDB Bhd, pertuduhan meminda laporan audit berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selain tuntutan cukai RM1.69 billion daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).-Awani



NGO mohon Pengampunan Diraja, mahu Najib Razak jadi PM Interim


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Dimana silapnya Bersatu dan kepimpinannya

Netizen puji Rahim pakai PPE bantu Shuib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker