Netizen kecam ucapan Muhyiddin, anggap hipokrit

Netizen kecam ucapan Muhyiddin, anggap hipokrit

Tawaran ‘kerjasama’ Muhyiddin kepada pembangkang hipokrit, tak ikhlas, kata aktivis dan warganet

Kalangan aktivis dan warganet membidas tindakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menawarkan pelbagai insentif kepada pembangkang bagi memperoleh undi mereka untuk kekal berkuasa, selepas sokongan untuk beliau di Dewan Rakyat semakin terhakis.



Aktivis dan pengguna Twitter menyifatkan tindakan Muhyiddin merayu sokongan “rentas parti” menunjukkan beliau sudah hilang majoriti dan harus meletak jawatan dan bukannya membuat pelbagai tawaran kepada Ahli Parlimen yang menentang pentadbirannya.

Beliau berkata, pendekatan “semua kerajaan” akan menjamin kestabilan politik dan pentadbiran berfungsi.

Dalam sidang media hari ini, sambil dikelilingi menteri utama, Muhyiddin berkata, beliau akan mencadangkan kerangka bagi kerjasama rentas parti, termasuk peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti.

Peguam, Lim Wei Jiet, menyifatkan Muhyiddin dan barisan Kabinetnya sebagai hipokrit dengan menawarkan pembaharuan Parlimen selepas “memusnahkan setiap satu amalan demokratik bagi semak dan imbang” sepanjang tahun lalu.



“Sekarang, pada saat sebelum kematian (Perikatan Nasional), mereka bergantung pula kepada pembaharuan demokratik seolah-olah mereka menjadi penyelamat negara ini. Letak jawatan dan berambus,” katanya dalam mesej tegas kepada Muhyiddin.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Tricia Yeoh, berkata secara dasarnya, Muhyiddin mahu mendapatkan kepercayaan menerusi perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA).

Beliau merumuskan CSA itu sebagai mesej kepada Ahli Parlimen yang menentangnya, iaitu “sokong saya (Muhyiddin) dan anda akan dapat seperti yang dijanjikan.”

“Kebanyakan cadangan pembaharuan yang ditawarkan itu, sudah lama dicadangkan oleh persatuan sivil Kini, gula-gula ditebarkan untuk mendapat sokongan. Ini adalah pengakuan beliau (kerana) sudah tidak mempunyai majoriti,” katanya.



Sementara itu, pengasas bersama Undi18, Qyira Yusri, bersetuju apa yang ditawarkan oleh Muhyiddin kepada penentangnya adalah, “CSA tanpa merujuk perkataan CSA,”.

Mengulas berkenaan persetujuan kerajaan melaksanakan inisiatif Undi18 tanpa membabitkan menunggu pendaftaran pengundi automatik, Qyira berkata, tawaran Muhyiddin itu “menjijikkan” kerana beliau menggunakannya hak remaja untuk mengundi sebagai alat mengekalkan kuasa.

Pengguna media sosial, @Siv_Gunslinger, berkata “Jadi, asasnya Muhyiddin secara langsung mengakui di mana tiada seorang pun Ahli Parlimen mempunyai sokongan majoriti, dan beliau boleh terus menjadi perdana menteri. Kenyataan itu hanya mengesahkan beliau tidak sudah hilang majoriti. Letak jawatan sekarang jika anda sudah hilang majoriti”. katanya.


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Turut berkongsi pandangan sama, pengguna @mhdsmlj yang berkata,”Muhyiddin mengakui beliau sudah hilang majoriti namun enggan meletak jawatan kerana tiada calon perdana menteri? Tetapi, beliau berterusan (memancing) pihak lain menyertainya? Beliau sepatutnya meletakkan jawatan dan beri peluang orang lain mentadbir”.

Manakala, Sin Yew berkata, ucapan Muhyiddin menunjukkan beliau sudah mengaku kalah dan tidak mempunyai majoriti di Dewan Rakyat.

“Ini bermakna, beliau mesti meletakkan jawatan sekarang mengikut Artikel 43(4) Perlembagaan Persekutuan. Tiada sebab menunggu persidangan Dewan Rakyat akan datang untuk undi percaya,” katanya.



Thomas Chen pula berkata, walaupun Muhyiddin dan barisan Kabinetnya meletak jawatan, tugas penjawat awam masih berterusan manakala kabinet baharu dibentuk.

“Apa ini? Seluruh rakyat mahu Muhyiddin letak jawatan, doktor masih bekerja, Kementerian Kesihatan kekal berfungsi dan vaksinasi masih berterusan di seluruh negara,” katanya. FMT

Netizen kecam ucapan Muhyiddin, anggap hipokrit

Azlee : Jangan malu jual buah macam saya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker