MCA tegur kerajaan, selesaikan isu sijil digital vaksinasi

Status sijil digital vaksinasi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) yang tidak selari dengan aplikasi MySejahtera perlu segera diselesaikan.

Ketua Biro Pengaduan Awam Seri Kembangan, MCA Bahagian Puchong, Wong Jung Lik berkata, kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan banyak masalah timbul kepada penerima vaksin Program Vaksin Selangor (SelVax).

Beliau berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenai status sijil digital vaksinasi aplikasi SELangkah yang tidak dikemaskini dalam MySejahtera walaupun sudah hampir sebulan selesai divaksin.

“Apa status mereka jika tiada sijil digital vaksinasi lain diiktiraf kerajaan selain yang dikeluarkan menerusi aplikasi MySejahtera oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Maksudnya ada dalam kalangan mereka sudah ambil dos pertama dan dos kedua di aplikasi SELangkah tetapi di Mysejahtera langsung tidak diperbaharui.

“Ada satu kes, dua beradik dikenali sebagai Lim, mereka telah divaksin dos kedua pada 25 Julai lalu tetapi sehingga hari ini, sudah tiga minggu, tiada sebarang kemaskini di Mysejahtera,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar secara maya berkaitan perkara itu pada Jumaat.

Turut serta, Ketua Biro Publisiti, MCA Bahagian Puchong, Soon Min Huay pada Jumaat.

Jung Lik sehubungan itu berkata, kerajaan negeri Selangor perlu segera memastikan sistem pengurusan vaksin yang diguna pakai di negeri itu selari dengan aplikasi MySejahtera.

Untuk rekod, SELangkah dan Saringan Komuniti antara idea penting yang disarankan Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) yang ditubuhkan pada 10 Mac 2020, seminggu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama diumumkan.

Ketika diperkenalkan, SELangkah begitu mudah diterima ramai. Sebanyak 10,714,879 imbasan dilakukan pengguna membabitkan 43,414 premis termasuk di luar Selangor yang berdaftar dengan sistem itu sehingga 31 Mei tahun lalu.

Bagaimanapun, kerajaan Persekutuan mewajibkan penggunaan MySejahtera tetapi Selangor meningkatkan kemudahan aplikasi SELangkah.

Kini timbul pula kebimbangan penerima vaksin yang hanya mempunyai sijil digital vaksinasi di My SELangkah selepas kerajaan Persekutuan mengumumkan individu mempunyai sijil digital vaksinasi lengkap di My Sejahtera sahaja akan diberikan sedikit kelonggaran untuk bergerak.

MCA tegur kerajaan, selesaikan isu sijil digital vaksinasi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Adakah polis akan siasat Sanusi – Ramkarpal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker