Resepi Ayam Tiram Thai Viral

Resepi Ayam Tiram Thai Viral

Siapa sahaja yang tidak mengenali Khairulaming. Seorang selebriti masakan media sosial Malaysia yang sangat terkenal dengan video resepi masakannya yang kreatif.

Beliau kembali lagi dengan 30 hari 30 resepi sepanjang puasa tahun ini. Boleh dikatakan, semua video masakan beliau telah menjadi fenomena dan menjadi inspirasi kepada mereka yang baru menjinak-jinak dalam masakan. Turut memberi ilham buat penonton untuk memasak juadah berbuka puasa.

Salah satu menu masakan yang telah viral iaitu ayam tiram Thai yang mendapat hampir 2.5 juta tontonan di laman sosial Instagram. Nak tahu cara memasaknya? Jom lihat resipi lengkap di bawah. Selamat mencuba!

Bahan-bahan perapan ayam:

10 ketul ayam
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
Garam/secukup rasa
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara penyediaan perapan ayam:

Satukan semua bahan dan lumur sebati pada ayam.
Bakar dalam air fryer atau oven pada suhu 180-200°C selama 20 minit.

Bahan sos:

5 ulas bawang putih
4 biji cili padi merah
1 sudu besar sos tiram
3 sudu kecil kicap cair
2 sudu besar gula
1 biji perahan limau nipis/lemon
Daun ketumbar yang dipotong halus

Cara-cara penyediaan sos:

Satukan bawang putih dan cili padi merah. Tumbuk sampai lumut menggunakan lesung.
Masukkan bahan lain dan gaul semua bahan sampai sebati.
Akhir sekali curahkan ke atas ayam yang sudah masak.
Selamat mencuba!

Resepi oleh Raja Siti Afiqah Azmi

Resepi Ayam Tiram Thai Viral


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Azlee : Jangan malu jual buah macam saya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker