Resepi kuih kole kacang sedap

Sebaran :

Resepi kuih kole kacang sedap

Sajian kuih tradisional ini memang sedap. Rasanya lemak dan manis. Jom cuba resipi kuih kole kacang ini. Mudah dan pasti jadi!

BAHAN TAHI MINYAK

2 cawan santan pekat
2 helai daun pandan – simpul

BAHAN KUIH

1 cawan tepung kacang hijau
5 cawan santan cair
¾ cawan gula merah
½ cawan gula pasir
1 cawan air
Beberapa helai daun pandan – simpul
Garam

CARA

1.Dalam periuk kecil, masukkan gula merah, gula pasir, air dan dua helai daun pandan yang disiat dan disimpul. Masak hingga gula larut dan mendidih. Sejukkan dan tapis. Ketepikan.

2.TAHI MINYAK : Masukkan santan pekat ke dalam kuali bersama dua helai daun pandan.

3.Masak menggunakan api sederhana sehingga terbit minyak, terbentuklah tahi minyak.

4.Sentiasa kacau supaya tidak hangit di sebelah bawahnya dan masak sekata. Bila dah berubah keperangan dan berbiji-biji, matikan api dan tapis. Ambil tahi minyaknya sahaja. Ketepikan.

5.Kemudian bancuh tepung kacang hijau , santan cair, secubit garam bersama air gula merah dan gula pasir yang kita masak dan tapis di awal tadi. Gaul hingga sebati dan tapis supaya tiada tepung yang bergentel.

6.Masukkan dua helai daun pandan yang disimpul, dan masak di atas api perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan tidak berketul-ketul atau hangit hingga nampak pekat dan berkilat,lebih kurang 1jam.

7.Setelah adunan pekat terus tuang ke dalam loyang dan tabur tahi minyak di atas adunan. Boleh juga titiskan sedikit minyak yang ditapis tadi di atas kuih untuk melembabkan dan mencantikkan rupa kuih agar nampak berkilat. Sejukkan dahulu dan baru dipotong. Supaya lebih kemas.

Resepi oleh Siti Zaidah Md Ibrahim

Resepi kuih kole kacang sedap


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi mee udang kuala sepetang sedap


Sebaran :

Leave a Reply